TEKS PENGUCAPAN AWAM
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
dan salam satu permata. Sekalung apresiasi saya hulurkan buat yang dihormati,
Encik Mior, rakan-rakan seperjuangan seterusnya hadirin sekalian.
Berdirinya saya di sini adalah untuk
menyampaikan sebuah ucapan yang bertajuk usaha-usaha membendung pencemaran alam sekitar.
Hadirin
yang dihormati sekalian,
“Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba, dia dicemar manusia, yang
jahil ketawa.” Begitulah antara bait lagu Hijau dendangan Zainal Abidin. Seni
kata lagu itu menceritakan kemusnahan alam sekitar akibat kerakusan manusia.
Sikap manusia memang menjadi faktor utama
pencemaran alam sekitar. Buktinya, kini berlaku perubahan cuaca yang tidak
menentu, penipisan lapisan ozon,
banjir kilat, kenaikan suhu global dan pencemaran udara serta air bertoksin.
Ketika ini, pelbagai pihak tampil mempromosikan
usaha memelihara alam sekitar menerusi media secara serius. Namun usaha
tersebut masih di peringkat awal, kerana
majoriti masyarakat seolah-olah belum peka dengan masalah alam sekitar. Banyak
pihak yakin cara terbaik untuk memelihara
dan memulihara alam sekitar adalah dengan memberikan pendidikan awal kepada
golongan kanak-kanak berkaitan alam sekitar. Pepatah “melentur buluh biarlah
dari rebungnya” adalah tepat untuk usaha ini.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan termasuk mengasuh mereka
menggunakan sumber alam secara berhemat terutamanya
penggunaan air dan elektrik.Sebagai contoh, air mandian dan basuhan boleh
dikitar semula untuk menyiram pokok. Contoh
yang lain, lampu dan peralatan elektrik lain perlu ditutup jika tidak digunakan
lagi. Selain itu, menggalakkan mereka membuang
sampah di tempat yang disediakan. Didik mereka untuk kitar semula dengan
mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak
boleh seperti botol, plastik, kaca, dan kertas. Wujudkan tong sampah mengikut
jenis-jenis bahan buangan tersebut. Malah, kita perlu mengajar anak-anak
mengumpulkan bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan
seterusnya dibawa ke pusat kitar semula. Cara ini boleh menambahkan tabungan.
Didik anak-anak membuat baja kompos dengan sisa makanan. Baja tersebut
digunakan untuk pokok bunga atau sayur-sayuran yang ditanam di halaman. Dengan
ini, mereka akan turut dididik dengan konsep “berbakti kepada tanah.”
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majalah-majalah dan surat khabar boleh
digunakan semula oleh anak-anak dengan cara mengumpulkan atrikel-artikel tertentu untuk dijadikan buku
skrap atau ensiklopedia peribadi tentang topik yang menjadi minat mereka.
Pendekatan ini akan membantu menjana
pemikiran mereka. Terapkan sifat berjimat cermat seperti menggunakan semula
barang-barang lama dan dijadikan kraf tangan seperti beg, selimut, atau
alas meja. Tin atau botol plastik pula boleh diubah suai menjadi tabung, bekas
alat tulis, atau arca. Pakaian anak-anak yang tidak lagi digunakan mungkin boleh didermakan kepada rumah-rumah
kebajikan atau anak yatim. Cara ini dapat mendidik mereka menjadi pemurah
selain menggalakkan mereka menyertai program berkaitan pemeliharaan alam
sekitar, misalnya menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan
kejiranan, menyertai ceramah atau kempen
penjagaan alam sekitar.
Sidang hadirin sekalian,
Kita perlu sedar bahawa walaupun usaha
tersebut kelihatan kecil tetapi jika semua orang melakukannya, usaha ini
banyak menghasilkan kesan yang positif kepada alam sekitar. Usaha terus dilakukan, tetapi masyarakat menganggap masalah
alam sekitar tanggungjawab kerajaan sepenuhnya. Keadaan lebih buruk apabila masyarakat menganggap hal-hal berkaitan alam sekitar tidak penting, berbanding perut yang perlu diisi. Tegasnya, kita perlu bertindak sebelum nasi menjadi bubur.
banyak menghasilkan kesan yang positif kepada alam sekitar. Usaha terus dilakukan, tetapi masyarakat menganggap masalah
alam sekitar tanggungjawab kerajaan sepenuhnya. Keadaan lebih buruk apabila masyarakat menganggap hal-hal berkaitan alam sekitar tidak penting, berbanding perut yang perlu diisi. Tegasnya, kita perlu bertindak sebelum nasi menjadi bubur.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya. Izinkan
saya menyampaikan serangkap pantun.
Jika ada sumur di ladang,
Boleh kita
menumpang mandi,
Jika ada
umur yang panjang,
Boleh kita
berjumpa lagi.
Sekian, terima
kasih, Assalamualaikum, dan alam satu permata.
-NURSHAZEREIN
BINTI SHAMSANI-
1K1
Amalkan teknik dan kaedah tertentu untuk membantu anda membuat pengucapan awam dengan orang ramai, walaupun anda masih mempunyai ketakutan.
ReplyDeleteGg
ReplyDeletehi, minta izin guna untuk tutorial huhu
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi ilmu 🤗
ReplyDeleteterima kasih berkongsi. izinkan untuk ambil sebagai tutorial pengucapan awm
ReplyDeleteterima kasih berkongsi. izinkan untuk ambil sebagai tutorial pengucapan awm
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian, minta kebenaran untuk guna ya.
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian.. izinkan saya untuk menggunakannya sebagai tutorial
ReplyDelete