GAYA BAHASA
KOMSAS
Hiperbola
Metafora
Personafikasi
Asonasi
Aliterasi
Repitasi/Pengulangan
Simile/Perbandingan
Inversi
Anafora
Responsi
Epifora
Simbol/Perlambangan
Sinkof/Sinkope
Paradoks
Jenis bahasa
Lain-lain
HIPERBOLA
~Penggunaan unsur yang melampau-lampau dan tidak logik.
Contoh: cintaku kepadanya adalah cintaan sejuta bunga
lautan api sanggup ku redah
METAFORA
~Bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata bandingan. Terdiri daripada konsep logik dan abstrak.
Contoh: syurga bumi
tiang muafakat
PERSONIFIKASI
~Merujuk kepada sifat manusia kepada suatu kepada satu benda, keadaan dan suasana
Contoh: ombak berlagu memukul pantai
daun pokok melambai-lambai
ASONANSI
~Asonansi ialah pengulangan vokal a,e,i,o,u dalag satu ayat
Contoh: menjelajah dari setiap padang [a]
tangisan mendayu-dayu [a]
ALITERASI
~Aliterasi ialah pengulangan konsonen dalam satu ayat
Contoh: membina bilik tempat berteduh [b]
bicara bukan sebarang bicara [b]
REPITASI
~Pengulangan kata dalam satu ayat atau rangkap
Contoh: tenaga pemuda tenaga bererti
SIMILE
~Kiasan yang membandingkan dua benda berbeza tetani mempunyai persamaan. Seperti,bagai adalah simile.
Contoh: hidup macam raja dalam istana
INVERSI
~Pembalikan susunan kata
Contoh: sihat badan wajah berseri
ANAFORA
~Pengulangan kata yang sama di hadapan setiap baris
Contoh: bila diikat ia berjalan;
bila dibuka ia berhenti.
RESPONSI
~Pengulangan kata yang sama di tengah setiap baris
Contoh: membina rumah tempat berlindung
membina bilik tempt berteduh
EPIFORA
~Pengulangan kata yang sama di akhir setiap baris
Contoh: tembamnya pipiku seenak nangka madu berulas
pipinya indah tapi tak sama dengan ku yang berulas
SIMBOL/PERLAMBANGAN
~Ayat yang melambangkan sesuatu benda
Contoh: ombak melambangkan cabana dalam hidup
SINKOF
~Singkatan bagi sesuatu perkataan
Contoh: tak,ku,mu
PARADOKS
~Pernyataan yang bertentangan tetapi ada kebenarannya.
Contoh: dalam kesepian di tengah ramai
JENIS BAHASA
~Bahasa lain yang digunakan
Contoh: Bahasa Arab
Bahasa Cina
IMEJ ALAM
~Sesuatu perkataan tenting persekitaran
Contoh: Matahari
Bintang
Pokok
LAIN-LAIN
~Simpulan bahasa
peribahasa
kata dialek
Comments
Post a Comment