PENULISAN KREATIF



APA ITU PENULISAN KREATIF?

 Penulisan kreatif ialah penulisan yang bebas, mengikut imaginasi penulis 
itu sendiri, menggunakan daya kreativitinya yang tinggi dan unik. 
Bahasa yang segar, penyusunan kata yang dan berunsur murni.


CONTOH-CONTOH PENULISAN KREATIF

Novel
Cerpen
Drama
Sajak
Pantun
Puisi

NOVEL
~cereka yang berbentuk prosa

~‘Novel’ diambil daripada bahasa Inggeris.
~asal daripada bahasa Itali ‘novella’ bererti benda kecil yang baru.
~cerita yang disampaikan terdiri daripada plot yang kompleks.
~Watak dalam cerita banyak jumlahnya.
~Persoalan bersifat pelbagai dan suasana serta latar cerita beraneka. Menyebabkan sesebuah novel itu panjang
~lebih panjang daripada  cerpen.


CERPEN
~Cerpen = 'cer'ita 'pen'dek.

~panjang pendeknya tidak diukur berdasarkan jumlah perkataan.
~sesebuah cerpen mengisahkan satu kejadian dalam kehidupan dengan pelbagai kejadian.
~sesuatu kejadian dalam cerpen dianggap sebagai pokok yang menentukan segalanya.
~pengisahan menjadi relatif pendek.
~cerpen mengisahkan kepada satu watak, terutama watak yang penting.
~persoalan yang timbul bermaknapenting dan ditonjolkan mengenai watak yang difokuskan.


DRAMA
~Drama merupakan karya sastra.
~cereka yang berbentuk lakonan dan dipentaskan.
~‘drama’ daripada bahasa Yunani bermaksudgerak’.
~Dalam drama, penulis menyampaikan pesan melalui lakonan dan dialog.
~Biasanya drama menampilkan hal yang terjadi dalam kehidupan kita.
~Ciri-ciri drama ialah aksi, konflik dan persembahannya sekali jalan sahaja.
~Jenis-jenisnya ialah tragedi, komedi, tragi-komedi, opera, pantomin dan bangsawan.
~Jenis yang diketengahkan seperti drama berbentuk tragedi yang mengandungi kisah sedih yang menimpa watak utama
~Drama berbentuk komedi mengisahkan telatah lucu watak-watak di dalamnya.Menghibur di samping menyindir penonton-penonton secara halus
~Drama pantomin pula dipersembahkan tanpa dialog. Pelakon hanya mempamerkan  gerak badan dan reaksi muka bagi menunjukkan aksi dan perasaan yang difahami penonton. 


SAJAK
~Sajak = puisi baru yang bebas daripada peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima.
~Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginatif dan menumpukan semua kekuatan bahasa.
~Sajak mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.
~Tiada bunyi yang tetap dan mempunyai keharmonian yang baik antara isi dengan bahasa.
~Isi-isi dalam sajak biasanya berkisahkan unsur pujaan, keagamaan, kesedihan, pengajaran, sindiran, percintaan atau pengisahan.
~Di Malaysia, perkembangannya terserlah selepas penyair terdedah dengan luar sama ada daripada Indonesia atau Barat.
~Punggok atau nama sebenarnya Muhammad Yassin Maamor menjadi penkajak puisi moden di Malaysia. Beliau dengan berani melemparkan sajaknya  kapad masyarakat.
~Petikannya:
Di dalam gelombang hambur-menghambur
Kudengar seru sayup bahasa
Hatiku lebur bagaikan hancur
Hendak kurenang beta tak bisa.


PANTUN
~Pantun = puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman.
~Mengikut sejarah, pantun wujud  sejak masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi.
~Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian.
~Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan maksud.
~Contoh pantun adat ialah :
Bukan lebah sembarang lebah
Lebah bersarang dibuku buluh
Bukan sembah sembarang sembah
Sembah bersarang jari sepuluh



BAGAIMANA BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM PENULISAN?

Menerapkan nilai-nilai murni
Memberi keindahan dalam bahasa
Semangat patriotik
Tempat meluahkan idea
Menjadi bahan ilmu kepada pembaca
Menghargai hasil karya sastera

Comments

Popular Posts