JURNAL HARIAN

   Hari ini hari Selasa. Bersamaan dengan 3 Mei 2016. Hari ini sama sahaja seperti hari yang lain. Tiada apa-apa yang begitu menarik tentang hari Selasa. Saya melakukan rutin pagi yang sama sahaja. Bangun dari katil setelah terdengar bunyi jam loceng, bergegas ke tandas, bergegas semula ke bilik, bersarapan serba ringkas dengan sekeping biskut dan juga sekotak air milo. Lantas bergerak ke dewan serbanguna.

   Semasa perhimpunan pula, dimulai dengan tasbih kafarah dan surat al-asr. Disusuli dengan bacaan doa oleh wakil pelajar lelaki. Beralih pula pada sesi penguhuman, seterusnya menutupi majils dengan tasbih kafarah dan surat al-asr.

   Kelas pertama pada hari Selasa ialah biologi. Insa yang mengajar kami biologi ialah Miss Fairuz. BEliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan juga disayangi oleh murid-muridnya. Tambahan pula, beliau merupakan seorang guru yang cantik... Hekhekhek XD

   Kelas yang seterusnya ialah kelas Falsafah. Dalam kelas falsafah, kami belajar tentang soalan-soalan yang memerlukan pengetahuan yang luas untuk dijawab. Insan yang mengajar pelajaran falsafah ini ialah Dr. Sakinah yang baik hati lagi bijaksana. Beliau sentiasa mengukirkan senyuman yang manis di bibir tatkala bertemu dengan pelajar-pelajarnya.

   Selepas itu, kami sekelas pergi berehat di dewan makan. Kami makan dua ketul kuih yang dihidangkan dan juga milo atau horlick sebagain minuman pagi.

   Kelas selepas itu ialah kelas muzik. Kelas muzik ini telah diajar oleh Dato' Ridzwan yang berseni dan juga mempunyai begitu banyak pengalaman dalam bidang muzik. Saya begitu meminati kelas muzik kerana suasananya yang nyaman tatkala penghawa dingin mengeluarkan hawa yang dingin sahaja~~ bahagia~~

   Kelas yang seterusnya ialah kelas pendidikan agama islam. Kelas pendidikan agama islam ini diajar oleh Ustazah Suriani. Ustazah Suriani merupakan seorang ustazah yang begitu mahir dalam mengajar bidang agama islam. Ustazah juga merupakan seorang pendidik yang berdedikasi dan juga baik hati.

   Setelah tamatnya kelas PAI, kami sekelas bergerak ke dewan makan untuk bersantap tengah hari. Menu yang dihidangkan sungguh menyelerakan sehingga menelan air liur 200x kali. Setelah selesai makan, saya pun bergerak ke bilik untuk berehat seketika.

   Setelah tamat waktu rehat, saya bergegas ke kelas 5 fasa 2 untuk menghadiri kelas matematik. Subjek matematik pula diajar oleh cikgu Shamim yang begitu bitara dalam subjek matematik, kalkulus, dan juga matematik tambahan. Bak katanya, " Mathematics is beauty". Saya pula hanya merangkak-rangkak sahaja apabila belajar perkara baru dalam matemati. Itu baru matematik, belum lagi sentuh matematik tambahan dan juga kalkulus.

   Setelah tamat waktu matematik, kami sekelas bergegas ke kelas sejarah pula. Kelas sejarah ini diajar oleh Cikgu Hafizah yang begitu berpengalaman luas dalam bidang sejarah. Setiap kali tiba waktu kelas sejarah, semua murid pasti begitu teruja untuk meneroka dengan lebih jauh dalam bidang sejarah. Dengan bantuan Cikgu Hafizah, pasti kami dapat mengenal sejarah dengan lebih mendalam.

   Itu sahaja coretan buat hari ini. Datang pada esok hari pula untuk membuang sisa-sisa hidup anda yang berbaki dengan jurnal harian saya yang mengarut ini. Sekian, Terima kasih.

~ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH~

Comments

Popular Posts