🙄JURNAL HARIAN 5/11

   Hai. Hari ni hari sabtu. saya rasa agak seronok sebab yelah hari ni cuti kan. saya paling suka hari sabtu sebenarnya. sebab? sebab pagi-pagi takde kelas, lepas tu takde prep. tido pon best sebab takde pape yang nak dirisaukan esok sebab ahad pon takde kelas gak :)

   Hari ni farah pergi festival jeponponpon. dia ajak semalam. so kiranya kes macam seludopeee. tapi bila fikir balik hmmm tak yah laa. tapi rase macam menyesal sebab makanan dia best gila nak mati ya allah tak tipu. lagi2 bila tengok story joyah kat insta. dia makan sushi, takoyaki pastu yang lagi satu orang makan ape tah nama dia akonomiyaki. kita duduk dalam hutan ni mereput makan kari ayam kat dm.

   ok lepas makan tu aku kena paksa makan ubat. ye aku demam+selsema+batuk. aku dah ah jarang sakit. slalunya kalau aku sakit ni teruk2. ya allah tolong lah jangan sakit exam nanti. dah lah senyap je dalam audi tu. nak batuk pon segan.

   lepas dah telan dua biji ubat tu, sumpah mengantuk gila. so aku pon tido. ingat nak tido sampai pukul 1.30 je.haaa amik kau bangun2 pukul 3.30. tak tau nak buat ape. so aku pon pergi bangun basuh muka blablabla buat math, lama gak ahh. bukannya sebab susah ke ape. tapi waktu buat math tu kakak call. sebenarnya dari semalam lagi dia nak call. tapi semalam aku pergi toilet jap cuci muka gosok gigi. bila balik dia tido lak. adooo. tapi takpe ah aku tak salahkan dia katil dia tebal nak mampos. sumpah katil dia best gila. tilam lembut nak mati pastu tebal gila ahh.

   haaa kakak ni dia cerita pasal dia tak suka rumet dia. kakak ni dia mcm tak suka mix dengan orang masuk angin ni. tapi dia ni baik sbnarnya. tapi agak ahh dia cerita pasal rumet dia macam haram je perangai. kakak kan pakai make up make up ni kan, pastu rumet dia mcm buat tau. kakak tak kesah pon. dia ok je. pastu dia tanya beli kat mana. pastu kakak cakap je la tempat biasa2 (nnti cakap orang berlagak lak). pastu dia cakap knape tak beli kat sephora pastu cakap dia tak pakai barang fake mak nenek. dia ingat abah beli make up untuk kakak dekat pasar malam ke ape.

   then kakak cerita la lagi dan lagi tapi sorry ah takleh share. hehe. waktu call tu dekat sejam setengah . lama gak ah. kitorang nyanyi lagu akeem jahat. aku paling suka lagu ribena. best sia. sayangnya dekat joox takde lagu underground :(

   pastu aku pergi dinner. dinner makan ayam kari lagi. ish3. makan dengan diana ngan fathimah. fathimah cakap dia tak makan tauge. memang satu family dia tak makan. tapi budak kecik ni suka makan petai. dia siap buat pop quiz lagi. hehe

   pastu sambung buat math lagi. then betulkan solid geometry. im sooooo hungry. so aku makan lah bubur. bubur tu perisa ayam tapi mcm lebih kepada bubur halia idk. pastu buat lah jurnal ni haha. ni pon sebab dah takde keja. farah cakap nak buat lab report malam ni. tapi tak turun pon. takpe lah kita buat esok. tapi yang pasti aku taknak buat hari isnin. ade banyak lagi benda lain aku kena buat nak exam ni

   lepas ni nak buat jurnal2 lain pulak. dah lama tak buat jurnal hehe. so sampai sini je. BABAIIII 😘

Comments

Popular Posts