JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 ( PULAU PINANG )

KERTAS 2 SOALAN 3 (A,B,C,D)

soalan a

1)mewangi
Bunga itu haruslah dibiarkan mewangi dahulu, barulah disunting dari tangkainya.

2)menyukat
Saleha menyukat berapakah jumlah gula yang diperlukan untuk membuat kek gula hangus.

3)menjulang
Zarul menjulang trofi yang dimenanginya dalam acara 100m bawah 18 tahun lelaki pada Hari Kejohanan Sukan Tahunan Koleh PERMATApintar Negara.

4)menyusut
Tubuh badan Mak Jemah semakin menyusut sejak kematian Pak Jabit kerana dia tidak menjamah walaupun sesuap nasi.

5)menyelam
Aktiviti seterusnya yang bakal kami lakukan di Pulau Perhentian itu adalah menyelam.

6)menyisih
Ros sengaja menyisih Riana yang merupakan bekas kawan karibnya kerana dia begitu cemburu dengan kecantikan yang dimiliki oleh Riana.

soalan b

ayat aktif-ayat pasif

1)Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi. 
Beliau dianugerahi gelaran Datuk oleh Beta kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi.

2)Kawat berduri yang berlingkaran itu memagari kawasan di sekeliling rumahnya. 
Kawasan di sekeliling rumahnya itu dipagari oleh kawat berduri yang berlingkaran.

3)Pengetua telah melantik Cikgu Shaari sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas. 
Cikgu Shaari telah dilantik oleh pengetua sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas.

soalan c

dieksportkan,menggalakkan
antirokok,menyedarkan
mengehadkan, disaran

soalan d

berbesar,cantik
rasmi,kerja
menanamkan,akan

Comments

Popular Posts