๐Ÿ˜™ JURNAL HARIAN 1/5 [CAFE WEST]

Assalamualaikum dan hi. Hari ini hari Ahad. Hari ni hari di mana saya akan pulang semula ke dalam nrk dunia. Oh ya. Saya benci y. Okay. Hari ni saya nak cakap pasal benda yang best-best je. saya taknak cakap benda yang sedih-sedih. Huhu. Okay. Sebenarnya hari ni dan juga semalam saya bermalam di Clio Hotel. Ingatkan besher2 je. Best rupanya. Hehe. Building dia macam attached dengan Sunway Pyramid. Pastu dekat je dengan Sunway Lagoon.

Hmmm. Hari ni, yang bestnya kan, Makan dekat Cafe West. Cafe west tu dalam Clio Hotel je. Dekat level 8. Saya ingat lagi ^^ Haa yang dekat bawah ni gambar kek-kek yang dihidangkan. Boleh ambil banyak mana pun nak. Tapi saya amik sikit je sebab sebelum tu saya dah makan bihun goreng dan juga ayam yang kecik-kecik tu. Yang tu makan kat Clio jugak. Hehehe. SEDAP! ^^


okay. Jadi, rakan-rakan sekalian, ini lah lunch saya untuk hari ini. Pan seared salmon ๐Ÿ˜‹ SEDAP!!! Tak tipu. Tapi saya tak habis makan sebab banyak sangat + saya kenyang sangat-sangat. Yang tak habis tu abah yang makan. Huhu. Kesian abah. 

Kakak makan benda sama jugak. Along dengan abah pun. Tapi kan, serius lah cakap. Benda tu sedap gila. Salmon tu dah memang sedap. Tak macam kat kedai lain. Hehe. Kalau dekat kedai lain, selalunya saya tak makan sebab tak suka bau salmon tu. Tapi salmon ni takde bau pun. Dah lah sedap๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Rasa sos putih tu dia macam masam-masam. Bila makan dengan salmon tu memang sedap ah. Tapi kentang lecek tu. Dia seimbangkan rasa yang ada. Jadi lagi sedap gilos gilossss. Pastu tambah pulak dengan ubat popeye (bayam) rebus i guess. Ataupun dia masak. Tak tahu lah tapi saya makan sikit je. Makan banyak-banyak rasanya nanti muntah balik warna hijau. Hehe.

Pan seared salmon

 Okay. Yang ni pulak ibu punya. Tak pelik kan kenapa ibu sorang je makan grilled steak? sebab ibu tak suka salmon sangat ^^" tapi, dalam banyak-banyak ikan, ibu paling tak suka keli. Ibu cakap ibu geli tapi bagi saya keli sedap je, sampailah masa ibu cakap ikan tu geli. Saya jadi macam kurang selera dah nak makan keli tapi saya makan je. Rezeki namanya๐Ÿ˜Œ

Tapi pelik jugak kan kenapa abah tak order steak jugak? Abah dengan ibu dah lah selalu makan benda yang sama. Tak kesah lah makanan ke, minuman ke, selalu sama. Hohoho. Comel betul ^^ Haihh. Sayang ibu dengan abah ๐Ÿ˜Š❤️๐ŸŒท


grilled steak

Terima kasih ibu dan abah sebab bagi 2 hari pulang bermalam ni sangat seronok๐ŸŒท and non-stop eating hehe๐Ÿค“ Erein suka! Thank you abah for everything ๐ŸŒธ Ibu pun. Erein dah rindu ibu dengan abah. Bila lah boleh balik. Nak ibu pulak yang masak ๐Ÿ˜‹ Ibu masak laaaaaaagi sedap daripada RM 100+ food per plate. Nak ibu masakkk. Huhu.

Terima kasih juga kepada kakak dan along yang sanggup datang dari jauh-dan berkebas punggung hanya untuk berjumpa dengan adik tersayang๐Ÿ˜‰ Sorry along erein kemas barang memang lama. Sorry kakak erein memang cepat merajuk๐Ÿ˜— Macam mana along ngan kakak boleh tahan hidup 14 tahun dengan erein.

Ohh haaa. Minta maaf kepada semua orang sebab 2 hari ni erein cam biul semacam je. Lagi-lagi bila tinggalkan wallet tu menjadi isu yang besar. Erein rasa macam nak menangis je. Hoho. Kakak dengan along selalu buat erein macam tu :( Huhu. Okay lah. Saya rasa sampai sini sahaja coretan saya untuk hari ini.

Semoga kita berjumpa lagi di lain hari ye. hehe. Assalamualaikum. Tata ^^
xoxo,
erein.

Comments

Popular Posts