LAPORAN KEM BADAN UNIFORM KOLEJ PERMATA PINTAR 2017

Arahan Cikgu Mior: saya nak awak buat laporan awak menyertai kem badan uniform.
Saya; okay >>_..
*sebagai setiausaha exco sukan

Laporan Kem Badan Uniform

      Pada minggu lepas, Kolej PERMATApintar telah mengadakan sebuah Kem Badan Uniform yang telah diadakan di Kem Sri Raudhah. Kem ini diadakan dari 21 April sehingga 23 April 2017. Kem ini telah disertai oleh semua pelajar Kolej PERMATApintar yang diberi kebenaran oleh ibubapa dan juga  3 orang guru pengiring iaitu Cikgu Mior, Cikgu Fadzil, dan juga Ustaz Saifun.

      Objektif kem tersebut adalah untuk membina jadi diri yang utuh dalam kalangan pelajar, mengajar pelajar apa itu erti bersyukur, merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain, dan juga belajar perkara-perkara ikhtiar hidup .

      Sebelum bertolak, Dr. Rorlinda, Timbalan Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, telah memberikan sepatah dua kata. Beliau mengingatkan kami untuk menjaga keselamatan diri, menjaga disiplin dan juga menjaga nama baik Kolej PERMATApintar Negara. Beliau juga mengingatkan kami untuk membetulkan niat sebelum kami bertolak ke sana. Selepas mendengar sepatah dua kata daripada beliau, kami pun bertolak ke Kem Sri Raudhah.

      Kami tiba di Kem Sri Raudhah pada pukul 5.00 petang lebih kurang. Setibanya kami disana, kami bersolat dahulu, kemudian kami berkumpul di dataran untuk mendengar sepatah dua kata daripada fasilitator-fasilitator di kem tersebut. Setelah selesai mendengar ucapan daripada fasi, kami pun bergerak ke bilik masing-masing untuk menguruskan segala urusan.

      Aktiviti yang kami lakukan pada malam itu adalah aktiviti berkumpulan. Kami diminta untuk mencipta bendera setiap kumpulan. Malangnya, ada beberapa orang yang tidak memberikan kerjasama di dalam kumpulan dan menyebabkan kem komander marah sungguh. Tepat 12.17 pagi, kami diarahkan masuk ke dalam bilik masing-masing.

      Pada keesokan harinya, selepas solat subuh, kami diberikan sedikit tazkirah. Malangnya, saya sangat mengantuk dan saya tidak dapat memberikan 100% fokus terhadap tazkirah yang diberikan. Selepas itu, kami pun bersarapan dan terus beraerobik. Aktiviti aerobik itu sungguh menyeronokkan kerana ianya tidak begitu memenatkan, tetapi sungguh melucukan. Lagu yang dipilih oleh para faci juga cukup mencuit hati. 

      Selepas bersenam, kami pun meneruskan aktiviti yang seterusnnya iaitu "jungle trekking". Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana kami perlu meredah hutan, sungai dan juga semak samun. Saya sungguh menyukai aktiviti ini. Ianya sungguh mencabar dan tidak menyakitkan badan. Walaubagaimanapun, kami tetap dimarahi oleh kemkom. Pelajar perempuan dimarahi kerana tidak berjalan dalam satu baru lurus manakala pelajar lelaki pula kerana ditinggalkan oleh pelajar perempuan.  huhu.  Pelajar lelaki disuruh untuk pumping manakala perempuan pula harus ketuk ketampi. Ketuk ketampi merupakan satu senaman yang amat menyakitkan paha. Nak menangis rasa.

    Selepas itu, kami boleh pulang ke bilik untuk menkar baju kerana majoriti antara kami semuanya basah kuyup kerana berendam di dalam sungai yang airnya dingin amat. Selepas menyalin pakaian, kami pun bersolat zohor jemaah. Selepas solat, kami pun makan tengah hari. Selepas makan, tibalah majlis pembukaan kem itu. Sejujurnya, cuaca pada waktu itu adalah terlampau panas. Saya rasa macam nak pengsan. Sudah lah di tengah dataran terik, ramai pula orang, terpaksa berhimpit-himpit, tidak kira lagi haruman daripada setiap individu yang lain.

    Selepas majlis perasmian sudah selesai, Tibalah masa untuk survival cook. Dalam aktiviti ini, kami dikehendaki untuk memasak nasi di dalam buluh, dan juga memasak telur dengan menggunakan telur. Cara-cara untuk memasak telur itu adalah dengan membuat satu lubang yang kecil pada telur itu, tutup lubang itu menggunakan daun. Daun yang dicadangkan adalah daun pandan. Selepas itu, balut telur itu dengan menggunakan tanah yang agak lebik dan basah. Kemudian, telur itu sedia untuk dibakar.

    Azan Asar telah berkumandang. Pelaajar perempuan disuruh untuk bersolat terlebih dahulu. Maka segala kerja ditinggalkan kepada pelajar lelaki. Tiba-tiba, kami dimarahi kerana kami tidak menghidangkan makanan itu pada masa yang ditetapkan. Kami tidak mengetahui pun sebenarnya. Huhu. Kemudian, kami diberi 5 minit untuk menghidangkan nasi dan juga telur itu. Kami berasa amat bangga kerana nasi yang kami tanak sungguh sempurna.

    Dengan itu, azan maghrib pun didengari. Kami pun bersolat maghrib secara berjemaah dahulu. Selepas solat maghrib, kami pun bersantap dahulu. Selepas bersantap, kami pun bersolat isya. Selepas solat isya, semua pelajar diminta untuk berkumpul di dewan ketat. Kami bermain beberapa permainan dengan abang boy di dewan ketat itu. Aktiviti yang dikendalikan adalah sungguh menarik. Saya bersyukur permainan itu tidak clichรจ dan membosankan.

    Ketika sedang berseronok, tiba-tiba abang boy menyuruh kami untuk mengambir setiap seorang sehelai kain. Aktiviti yang seterusnya adalah night walk. Night walk dikehendaki untuk berjalan berdua. Pasangan saya ialah Faroh. Faroh menggenggam tangan saya sehingga terasa macam nak tercabut pun ade hehe. Aktiviti ini agak membosankan kerana ianya sungguh sekejap. Ketika sedang menunggu semua rakan untuk tiba semula di kem, kemkom marah kerana kami bising. Kami disuruh untuk ketuk ketampi. LAGI. Selepas semua sudah cukup, kami dibenarkan untuk pulang ke bilik masing-masing untuk berehat.

    Keesokan harinya, saya bangun pada pukul 5.00 tepat. Lebih kurang pada pukul 5.30, saya sudah berada di dewan ketat itu. Pada pukul 5.50, barulah kami bersolat subuh. Lelaki dan perempuan memenuhi dewan ketat yang sungguh ketat lagi padat. Selepas bersolat, kami dimarahi oleh kemkom. Saya tidak begitu ingat kerana kami dimarahi. Selepas dimarahi, tibalah masa perkongsian oleh 2 orang fasi lelaki. Saya minta maaf tetapi saya tertidur kerana saya sungguh mengantuk yang amat.

    Selepas itu, aktiviti senam aerobik telah berlangsung. Selepas aktiviti bersenam sudah selesai, kami pun bersarapan. Selepas bersarapan, kami dikehendaki untuk berkumpul di dataran itu semula. Pada waktu ini, kami diminta untuk membuat cheers kumpulan, menyiapkan bendera kumpulan yang telah sekian lama terbiar, dan juga menulis perkara yang tidak disukai di kem itu.

     Setelah menyiapkan benda alah itu, setiap kumpulan dikehendaki untuk membentangkan hasil masing-masing. Selepas semua kumpulan telah membentangkan, kami bersuka ria menyanyi dan juga terlompat sana sini.

    Tiba-tiba, datang seorang hamba allah memperlahankan lagu yang cukup kuat untuk membuatkan hutan menjerit semula apa yang didengari. Dengan marah beliau menunjukkan beliau begitu kecewa dengan sikap kami. Beliau tidak bercakap banyak terus mengambil beg, dan pergi berjalan ke arah hutan.

    Kami sebagai anak-anak yang menyayangi abang kemkom yang agak kacak, mengejar jejak yang kemkom tinggalkan. Saya ada terlihat kemkom yang cuba menahan gelak. Beliau senyum tetapi mulutnya agak kembung kerana ingin mengekalkan muka ketat. Setelah segalanya kembali normal, kemkom pun memberitahu kami perkara sebenar yang berlaku. Kemudian kami pun menyanyi- nyanyi. Dengan rasminya, kem itu ditutup. Debaran pulang ke permata tidak dapat ditunggu.

    Setelah segalanya berakhir, kami pun makan tengah hai. Saya rindu lauk dm. huhu. Lebih kurang dalam pukul 2.30, kami bergerak pulang ke permata. Pada pukul 4.30, kami tiba di permata. Maka dengan itu, tamatlah laporan saya untuk kem badan uniform.

Dilaporkan oleh,                                                                                              1 Mei 2017
                        Erein.
(..............................................................)
NURSHAZEREIN BINTI SHAMSANI

Exco Sukan 1,
Kolej PERMATApintar Negara,
UKM.

Comments

Popular Posts