😁 JURNAL HARIAN 8/5 [ EXPLORACE K2]

Hi kalian. Hari ini hari Isnin bersamaan dengan 8 May 2017. Hari ni macam biasa sahaja. Saya tengok jam pukul 6.50 pagi tapi tertidur balik. Huhu. Nasib baik dah gosok tudung dan baju dah. Hehe. Hari ni assembly dekat depan blok pentadbiran dan assembly pada hari ini berakhir sangat cepat.

Hari ni takde apa-apa yang menarik sangat melainkan explorace. Hari ni k2 buat explorace english. yeey (huhu) explorace start pukul 5 petang. Nasib baik saya terbangun pukul 4.22 petang tau. Tapi macam biasa lah. Tertidur balik. Dalam 4.35 petang baru saya bangun balik. Cuci muka dan gosok gigi, terus saya amik wudhu untuk solat asar. Lepas solat asar, baru saya pergi explorace.

Saya sampai depan audi dalam pukul 5.03 petang. Nasib baik tak start lagi. Mula-mula ada briefing. Kitorang start lambat sebab tunggu sleeping beauty huhu. Tapi takpe lah, saya tak kesah pun. Saya ikut je.

Saya merupakan group 3. Dalam group 3 ada balqis, komari dan zach. okaihla. Stesen pertama kami adalah di belakang blok pensyarah. Dekat stesen ni, kami main carade. Berkaitan dengan fairy tale. Bolela. Kecuali tumbellina ke ape benda tah yang kami tak pernah dengar pun. Huhu. Lepas tu kami pun mara ke stesen seterusnya.

Stesen seterusnya adalah di stadium. Stesen ni sumpah buat aku bara gila. Kitorang dah lah dah sampai dulu. Pastu group sebelum tu bukannya kena kick terus. Lengai. Pastu waktu ki- eh haa. sebelum tu, dekat stesen ni, kena cipta lagu untuk superlative dan comparative. Haaa. Kitorang baru nak start nyanyi, lepas tu kitorang kena penalty sebab ada group dah sampai. Hadooo. Start daripada situ aku terus rasa taknak main dah.

Pastu kitorang pergi dekat dengan yang tangki air tu. Tak naik pun, kat rumput bawah tu je. Kat sini, kena buat ayat berdasarkan apa yang kita cabut. Lepas tu kena buat ayat yang membuatkan ahli k2 yang jaga stesen tu gelak. Hambar gila beb lawak aku. Tak tahu lah. Taknak ingat sebab hambar sangat. Huhu.

Stesen seterusnya adalah di cafe. Stesen ni lah rasanya yang paling menarik pun. Dalam setiap group, akan ada 2 orang di blindfoldkan. Lepas tu ada 2 orang yang bagi arahan. Saya dan balqis diblindfoldkan. Komari tolong Bal, Zachie tolong saya. ALhamdulillah saya jumpa 2 Balqis jumpa 1. Kitorang dah putus harapan dah waktu tu. Sedih betul. 

Sampai je dekat dm, rupa-rupanya kitorang bukan group last tapi kitorang dah disabotaj. Group 3 disabotaj oleh group 7. Farah jahat -..- Ada lagi satu group kena jugak. Tak silap group 5 kut. Ada Miejah, War, Harun dan Ahdam. Serius ah waktu tu kitorang macam nak careutszz je ya rabbi. Kami kena super speed spelling. Dah lah perkataan pelik-pelik. Group yang paling banyak betul menang. Kami betul 13/20 manakala group Miejah betul 11/20. Close enafff. 

Kemudian explorace pun berakhir dengan mendapat tempat kedua terakhir. Yey. Tepuk sikit. Hmph. Saya pun makan dengan tidak begitu tenang. Makan semeja dengan potatoes. Mestilah potatoes, takkan orang lain kan. Aduhh. 

Okay, saya rasa sampai sini sahaja jurnal harian saya untuk hari ini. Sekian, Assalamualaikum dan bye :)

xoxo,
Erein.

Keywan ft. Madam Amelia πŸ’•

Comments

Post a Comment

Popular Posts