JURNAL HARIAN

Jurnal 4~

   Hari ini merupakan hari Khamis bersamaan dengan 24 Mac 2016. Hari ini sama sahaja seperti hari yang biasa. Agak meletihkan, agak melelahkan dan agak seronok.

   Saya dikejutksn dengan bunyi ketukan hanger pada pintu. "subuh.....subuh....bangun subuh....." jeritan oleh fello pelajar aspuri. Saya bangun pada pukul 6.20 pagi. Lantas saya bangun dari katil, terus menggapai tuala dan terus menuju ke arah tandas. Setelah selesai mandi, saya menguruskan diri. Saya mengenakan sepasang baju kurung kerana hari ini merupakan hari Khamis.

   Saya bersarapan dengan sekotak susu dutch Lady penuh krim yang sememangnya enak dan berkrim. Setelah beberapa detik menghabiskan saraoan saya itu, saya pun berjalan menuju ke arah dewan serbaguna untuk menghadiri sesi perhimpunan.

   Pada hari ini, mata pelajaran yang saya pelajari ialah bahasa inggeris, fizik,pendidikan agama islam, dan juga bahasa melayu. Hari ini pun sama sahaja seperti hari yang lain. Belajar, makan, tidur, belajar, makan, dan tidur semula.

   Pada lebih kurang 12.30 tengah hari, saya menikmati juadah makan tengah hari yang disediakan oleh pihak dewan makan. Juadah yang disediakan teramatlah enak. KEmudian, kembali kepada rutin hidup asalnya. 

   Pada pukul 6.15 pula, saya bergegas ke dewan makan untuk bersantap. Juadah yang dihidangkan pada kali ini tidak kurang sedapnya. Setelah siap bersantap di dewan makan, saya naik semula ke bilik sebelum bergegas ke dewan serbaguna untuk menunaikan solat manghrib dan isya'. Di antara waktu maghrib dan isya', terdapat satu kuliah. Kuliah yang disampaikan itu cukup padat dengan isi-isi dan informasi. Ianya sungguh membantu saya dalam menjalani kehidupan sehari-harian.

   Setelah pulang dari kelas prep, saya melelapkan mata dalam lebih kurang 5 minit. Sesedarnya saya dari diulit mimpi, jam tepat-tepat menunjukkan jam 3 pagi. Saya lantas ke tandas untuk menggosok gigi. Kemudian, saya menyambung balik tidur itu.

~Sekian~

Comments

Popular Posts