JURNAL HARIAN

Jurnal 10~

   Hari ini hari Rabu, bersamaan dengan 30 Mac, hari yang indah sekali. Saya dibangunkan oleh bunyi alarm jiran sebelah katil saya, pada waktu lebih kurang 5.55 pagi. Saya lantas bergerak menuju ke arah telefon dia dan meutup bunyi yang begitu bingit itu.

   Dalam pukul 6.30 pagi, saya bergerak ke arah tandas yang terlebih wangi dan bersih itu untuk membersihkan diri. Lebih kurang pukul 7.00 pagi, saya sudah siap berkemas. Pada hari ini saya bersarapan dengan sekotak Milo.

   Kemudian, saya bergegas ke dewan serbaguna untuk menghadiri perhimpunan seperti biasa. Dimulakan dengan bacaan al-fatihah dan diakhiri dnegan tasbih kafarah dan juga bacaan surah al-asr.

   Kelas pertama pada hari itu adalah self development. Kelas kedua pula adalah kimia. KEmudian, kami diberi rehat selama 30 minit sebelum menyambung semula sesi pembelajaran.

   Mata pelajaran yang ketiga adalah sejarah kemudian disusuli dengan subjek bahasa inggeris. Kemudian, kami diberi rehat lagi lebih kurang  2 jam. Pada waktu kelas petang pula, saya hanya mempunyai kelas prep sehingga pukul 4 petang. Kemudian, ada perjumpaan koko, tetapi perjumpaan itu dibatalkan, jadi saya sambunglah lagi waktu prep itu sehingga pukul 5 petang.

   Selepas itu, saya pun pulang ke bilik. Sesampainya saya di bilik, saya terus meluru ke arah tandas untuk menyiapkan diri. Sementara menunggu waktu makan tiba, saya melayari youtube untuk melihat video music atris barat contohnya Taylor Swift, Katy Perry, Rae Sremmurd, Alan Walker, Martin Garrix, Aviici dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga lagu k-pop. Artis k-pop yang paling diminati saya adalh PSY. Lagu beliau sungguh menarik. Antara lagu yang saya dengari adalah Daddy, Gentleman, Hangover dan sebagainya.


Comments

Popular Posts