JURNAL HARIAN

Jurnal 9~

   Hari ini hari Selasa, bertemankan 29 haribulan Mac yang indah. saya dikejutkan oleh kicauan burung dari telefon pintar milik saya. Pada waktu itu, lebih kurang dalam pukul 6.25 pagi. Sejurus selepas itu, saya terus pergi ke tandas. KEmudian, saya menyiapkan diri untuk pergi ke kelas.

   Saya bersarapan dengan sekotak susu Dutch Lady full cream dan juga sepaket biskut Lexus yang berperisa keju yang sungguh enak. Kemudian, saya terus ke dewan serbaguna untuk menghadiri sesi perhimpunan. Sesi perhimpunan ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan informasi yang terkini tentang perkembangan semasa dan persekitaran sekeliling.

  Setelah tamat sesi perhimpunan, saya pun ke kelas. Kelas yang pertama adalah kelas biologi. Dalam kelas biologi, kami dikehendaki menulis segala yang difahami tentang tisu haiwan dan juga tisu tumbuh-tumbuhan.

   Kelas-kelas yang seterusnya adalah kelas falsafah. Dalam kelas falsafah pula, Dr. Sakinah memberikan kami sepaket manisan Kinder Bueno setiap seorang. Kami sekelas makan manisan itu dnegan gembira sekali.

   Kemudian, Subjek musik pula yang kami pelajari. Kami berlatih meniup rikorder. Kemudian, kelas pendidikan agama islam. Ustazah yang mengajar kami tidak menghadirkan dri kerana kesihatannya tidak mengizikan beliau untuk datang mengajar kami.

   Subjek seterusnya, adalah matematik dan juga sejarah. Mata pelajaran matematik sedikit memeningkan tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk cemerlang dalam subjek itu.

   Kemudian, rutin saya sama sahaja. Makan, bercakap, berjalan, berlari, berceloteh dan lain-lain lagi.

   Pada waktu malam pula, saya pergi ke kelas prep untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan oleh para guru kepada kami. Dalam pukul 11.50 malam nanti, saya merancang untuk tidur memandangkan sedikit tugasan yang diberikan sudah habis diselesaikan.

~SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM~
 

Comments

Popular Posts