JURNAL HARIAN

  Jurnal 7~

Hari ini sungguh indah sekali. Saya mendapat tidur yang cukup... ataupun terlebih. Hari ini diberi tarikh 27 Mac dan ditemani hari Ahad. Burung berkicauan dengan merdu, belalang melompat ke sana sini. Darjah suhu semakin tinggi. Matahari pula mula berlari ke arah barat. Bulan mula kelihatan pudar, menjauhkan diri, dan akhirnya meninggalkan siang.

  Lantas saya bangun dari katil dan terus pergi ke bilik ampaian. Sebenarnya saya nak mengangkat semua baju itu pada waktu malam semalam, tetapi rakan sebilik menyatakan bahawa kalau dia menjadi saya, dia tidak akan mengangkat jemuran pada waktu malam kerana ianya sedikit menyeramkan. Kekuatan mental saya runtuh dengan tiba-tiba. Saya pun menjadi seram sejuk. Lagi-lagi dengan tingkap tengah terbuka dengan luas.

   Setelah mengangkat jemuran, saya menggapai beberapa helai baju untuk digosok menggunakan seterika yang panas. Teringat lagi saya pada satu tragedi. Ketika itu, umur saya lebih kurang 4 tahun. saya bermain dengan seterika yang baru digunakan oleh kakak saya. disangkakan sudah tidak panas, saya meletakkan seterika itu di atas tangan saya. Bukanlah seluruh permukaan seterika, hanya di bahagian hujung. Kini, bukan hanya tinggal memori, tetapi kesan parut masih lagi setia menemani jari tengah saya.

   Setelah selesai menggosok pakaian, saya terus meluru ke tandas, kerana matahari sudah pun memacak di atas kepala. Setelah siap menguruskan diri, saya menuju ke kelas Madam Noorlin untuk menyambung perbincangan tentang projek yang telah dibincangkan terlebih dahulu pada sebelum ini.

   Lebih kurang beberapa jam selepas itu, kami pun bersantap di dewan makan berjemaah sekelas, Tetapi, ada juga yang langsung tidak mahu melibatkan diri langsung dalam projek itu. Yang paling 'menyeronokkan' itu, mereka juga akan mendapat carry marks sama seperti yang bekerja keras untuk melakukan projek itu. Bagi yang tengah membaca, muhasabahlah diri dan janjilah kepada diri sendiri, jangan tiru LANGSUNG perangai terkutuk ini kerana sesungguhnya, benda ini teramatlah menyakitkan hati nurani dan sanubari.

   Kemudian, saya berehat di bilik teman saya kerana bilik saya terkunci. Lebih kurang pukul 4 petang, saya pergi semula ke kelas itu untuk menyambung projek itu. Saya telah memberikan banyak masa saya untuk projek ini. Walaubagaimanapun, masalah sesetengah warga pintar ini adalah mereke tidak ingin memberikan kerjasama kepada orang lain, dan yang paling hebat, mereka akan mengambil hati cikgu untuk mendapat kredit markah yang lebih tinggi daripada orang lain.

   Contohnya, jika ada pembentangan kerja, golongan ini akan memotong segala-galanya yang ingin diucapkan oleh teman-temannya yang lain. Jadi, orang lain akan nampak kaku sahaja, dan orang akan berfikir bahawa orang lain tidak melakukan kerja, dan dia sahajalah yang mendapat markah yang tinggi, tetapi yang sebenarnya, disebalik tabir dan tirai, dia hanya menggoyangkan kaki dan melihat teman-temannya yang lain bersusah payah, bermandi peluh melakukan tugasan yang diberikan oleh cikgu dengan penuh amanah.

  Jika diajak untuk menghadirkan diri, ada sahaja alasan diberi. Letihlah, tertidurlah, banyak kerjalah, sibuklah dan bermacam-macam lagi. Itu semua ALASAN.  Alasan inilah yang akan menggagalkan kita pada satu hari nanti.

   Itu sahaja coretan buat hari ini. Lega dapat meluahkan perasaan. Ingat ya, jangan jadikan alasan itu satu kebiasaan dan jangan SESEKALI berbuat demikian kepada rakan-rakan anda. Saya bercakap berdasarkan pengalaman, perasaan ini sungguh memeritkan, menghiris hati, mengguris perasaan, dan merobek jiwa dan raga. Terasa seperti mahu menyumpah sahaja. Tetapi, kita mesti ingat lagi satu perkara, kita haruslah bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Di dalam Al-Quran juga ada menyatakan, berbuat baiklah kamu kepada semua orang termasuk yang melakukan perkara buruk kepada kamu. Assalamualaikum~

~SEKIAN~

 

Comments

Popular Posts