JURNAL HARIAN

   Jurnal 5~

   Hari ini merupakan hari Jumaat, penghulu segala hari,merupakan hari bakal berlakunya satu peristiwa yang penting dalam sejarah dunia. Hari Jumaat ini dtemani oleh tarikh yang bernombor 25/3.

   Burung bersiul merdu, cengkerik mula mendiamkan diri, matahari semakin maju menuju ke arah barat. Saya dikejutkan dengan hentaman penyangkut baju pada pintu lagi. Dengan berat hati, saya meninggalkan katil yang tercinta. Langkahku sungguh berat. Aku mengambil  perkakasan mandi lalu menuju ke arah tandas. Sudah separuh jalan ke lokasi tersebut, baru saya ingat, saya terlu[a mengambil tuala. Lalu, saya menge'cop' kamar mandi terlebih dahulu sebelum mengambil tuala.

   Sarapanku hari ini lebih unik. Hanya seteguk air mineral yang sempat dijamah tekak. Malas pula mahu menyelongkar almari yang sempit untuk mencari makanan. Sesaat kemudian, saya terus menuju ke dewan serbaguna. Oh ya, hari ini, terdapat satu program di auditorium.

   Sesampainya di dewan serbaguna, aku sempat membaca sedikit informasi di telefon pintar. Hari ini sesi perhimpunan sama sahaja. Dimulai dengan doa, diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah al-asr. 

   Kemudian, kami pun menuju ke auditorium untuk mendengar ceramah berkenaan pelaajaran. Bagi saya, inilah antara ceramah yang paling menyeronokkan kerana ianya lebih kepada celik IT. Kami bermain satu permainan atas talian yang dinamakan Kahoot!. 

   Kahoot ini sungguh berkesan dalam membantu saya memahami ilmu yang baru contohnya mengetahui bendera dunia, pengetahuan am, dan soalan biologi pun ada sekali. Wow. Lagipun, anak-anak zaman sekarang sudah banyak betul terdedah dengan gajet-gajet ini. Mereka membesar dengan telefon pintar yang canggih-caggih belaka sperti iPhone 6s+, komputer riba yang diidami dan didamba rata-rata oleh semua golongan lapisan masyarakat, seperti MacBook Pro, MacBook Air dan lain-lain lagi.

   Lagi tentang ceramah itu, beliau menunjukkan beberapa aplikasi yang digunakan oleh beliau untuk membuat video, mengedit video, membuat kartun animasi, belajar atas talian, dan bermacam-macam lagi. Terlalu banyak input yang disampaikan dan semua informasi yang disampaikan itu sungguh barmanafaat bagi sesia;a sahaja. 

   Setelah tamat ceramah itu, kami menuju ke dewan makan untuk bersantap. Makanan yang disediakan oleh pihak dewan makan sungguh enak, menyelerakan, dan lazat sehingga menjilat kerusi dan meja.

   Kemudian, lebih kurang pada pukul 2.45 petang, rep. kelas kami ingin membuat perjumpaan di kelas Madam Noorlin untuk membincangkan tentang projek "I'm not a rubbish'. dari pukul 2.45 petang sehingga 6.15 petang kami membincangkan projek itu. Kemudian kami pun ke dean makan semula untuk bersantap lagi.

   Selepas itiu sama sahaja, bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib dan isya' di dewan serbaguna. Sebelum tidur, gosok gigi dahulu, Kemudian, barulah boleh melelapkan mata dengan tenang. Eh, jangan terlupa pula, Sebelum melelapkan mata itu, baca doa dahulu...

~sekian, terima kasih~

Comments

Popular Posts