JURNAL HARIAN

Jurnal 2~

   Hari ini bertarikhkan 22 Mac, hari Selasa. Saya bangun pada pukul 6.30 pagi. Selepas selesai menguruskan diri, saya dengan segera menunaikan solat subuh. Kemudian, saya bersarapan dengan sekotak susu Dutch Lady dan juga sepaket biksut Lexus yang berperisa keju yang sememangnya enak dan lazat sehingga menjilat lantai.

   Kemudian, saya bergegas ke dewan serbaguna untuk menghadiri sesi perhimpunan harian. Sesi perhimpunan harian bertujuan untuk menyampaikan informasi dan maklumat kepada para pelajar. Perhimpunan itu berlangsung selama lebih kurang 15 minit. Sesi perhimpunan itu dimulakan dengan bacaan doa oleh pelejar lelaki.

   Sejurus selepas perhimpunan itu tamat, saya bergegas ke kelas biologi yang merupakan mata pelajaran yang pertama pada hari tersebut. Kemudian, saya meneruskan sesi pembelajaran dengan menghadiri kelas yang seterusnya iaitu falsafah. 

   Ketika di dalam kelas falsafah, Dr. Sakinah telah menunjukkan gambar peristiwa gerhana matahari baru-baru ini yang sempat dirakam ole belie  Pada permulaannya, kelas falsafah sunggu menarik. tetapi, lama kelamaan saya mula berasa mengantuk kerana saya hanya dapat peluang untuk tidur selama 3 jam. Akhirnya, saya tumpas ditangan perasaan mengantuk dan saya pun tertidur. 

   Terus ke waktu petang  setelah tamat waktu pembelajaran, saya pulang ke bilik untuk menguruskan diri dan beristirehat. Kemudian, saya menunaikan solat asar. Setelah selesai menunaikan solat asar, saya bergegas ke dewan makan untuk makan malam. saya menikmati makan malam yang disediakan. Makanan yang disediakan sungguh enåk sekali.

   Kemudian, saya menyiapkan diri untuk solat maghrib di dewan serbaguna. Selepas selesai solat maghrib, satu kuliah telah diadakan. Sesudah kuilah, kami meunaikan solat isya' secara berjemaah. Setelah itu, saya menuju ke kelas prep untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru. Setelah tamat waktu prep, saya menjuí ke bilik untuk berisirehat. Sebelum tidur, saya menggosok gigi dan mencuci muka. Kemudian, saya pun melelapkan mata. 

~Terima kasih~

Comments

Popular Posts