JURNAL HARIAN

Jurnal 1~

   Hari ini bertarikhkan 21 Mac 2016, hari Isnin. Hari ini merupakan hari persekolahan yang pertama setelah selama seminggu bercuti. Ada yang bercuti di luar negara, ada yang bercuti di dalam negara dan ada yang hanya bersantai di rumah. Saya agak ralas untuk bangun dari katil yang empuk dan enak. Pada mulanya, saya terbangun pada pukul 2:15 pagi, dengan berniat untuk mengulang kaji sedikit tentang mata pelajaran biologi. Lantas saya menggapai buku dan kembali ke atas katil. Baru sahaja saya hendak memulakan sesi mengulang kaji, dunia saya menjadi gelap gelita. Dengan sekelip mata, saya sudan tertidur. Hajat tidak kesampaian.

   Kemudian, saya terjaga lagi pada jam 5 pagi. Pada kali ini, saya mampu bertahan. Pada 10 minit yang pertama, mata saya masih lagi membulat membaca buku rujukan dengan khusyuknya. 5 minit kemudian, saya melabuhkan kepala saya di atas bantal yang empuk. Sekali lagi, saya dibuai mimpi dan dipukau oleh katil yang sungguh empuk dan menyenangkan.

   Jadi pada hari ini, dengan rasminya saya bangun dari ulitan mimei sekitar jam 6:15 pagi. Saya bergegas ke tandas untuk menguruskan diri bagi memulakan hari ini dengan riang-ria sekali. Tetapi, dengan sepantas kilat, emosi saya bergolak, tidak stabil. Muncul perasaan sedih, marah dan lain-lain lagi.  Selipar saya putus ketika dalam perjalanan ke tandas. Saya sedaya upaya cuba untuk merawatnya. Tetapi, apakan daya, saya bukanlah seorang tukang kasut. Tanpa berfikir panjang, saya pergi juga ke tandas tengan memakai selipar itu. Setelah siap mandi, saya pun bersolat Subuh dan melakukan perkara-perkara lain yang wajib atau untuk dilakukan.

   Saya bersarapan hanya dengan sekotak air milo yang enak. Kemudian, saya bergegas ke bahagian hadapan blok pentadbiran untuk perhimpunan. Perhimpunan pada hari ini diadakan di situ kerana dewan serbaguna mempunyai sedikit masalah teknikal. Setelah tamat perhimpunan, saya bertolak ke kelas dengan segera. Tidak sampai 10 meter dari tempat duduk saya, kaki saya tergeliat secara tiba-tiba. Rasa kesakitan itu sungguh memilukan, bagai dihiris sembilu, kesan bengkak pada kaki menggunung setinggi Gunung Kinabalu. Walaupun dengan kaki yang menyakitkan ini, saya menguatkan semangat untuk menghaadiri kelas.

   Saya berjalan terhincut-hincut ke kelas. Sungguh memilukan keadaan pada masa itu. Tambahan pula, sokongan moral yang diberikan oleh rakan-rakan sekelas tidak begitu menggalakkan, malahan tiada siapa yang peduli tentang keadaan saya pada masa itu. Inilah kehidupan. Kehidupan ini memanglah tidak adil. Tidak kiralah betapa bijaknya anda, baik, rajin, pasti ada orang yang membenci dan busuk hati. Saya reda dengan nasib saya. Segala-galanya telah disusus oleh Allah dengan sempurna. Tiada cacat celanya. Tdak pernah sama sekali.

   Saya mendapat semula kertas peperiksaan beberapa subjek contohnya, fizik, biologi, dan juga kimia. Markah saya tidaklah cemerlang, tetapi insyaallah bukanlah yang paling teruk. Kemudian, saya menjalani sesi pembelajaran seperti biasa. Pada pukul 12.30 tengah hari, tibalah waktu untuk kami bersantap di dewan makan. Makanan yang dihidangkan begitu mengiurkan dan menambat hati sesiapa sahaja yang melihat.

   Setelah habis bersantap lauk-pauk yang enak, saya terus membawa diri ke bilik untuk berecht buat sementara waktu. Jam menunjukkan tepat pukul 2.20 petang, saya terus memecut ke ke kelas yang seterusnya iaitu kelas fizik.

   4.30 petang, waktu kemerdekaan pada hari itu. Akhirnya tamat juga sesi pembelajaran pada hari itu. Saya menguruskan diri seperti biasa, turun untuk makan berhidang di dewan makan dan juga solat maghrib dan isya' berjemaah di dewan serbaguna. Kemudian pergi ke kelas prep. Akhir sekali, TIDUR... Oh ya. sebelum tidur, wajib bagi saya untuk menelefon ibu saya. Itu jahaja pada hari ini.

~TERIMA KASIH~

Comments

Popular Posts