SASTERA
Apakah maksud SASTERA?
~Bahasa Sanskrit 'castra' yang disebut sebagai 'syastra' membawa maksud kitab suci
~Bidang seni kreatif
~Kesusasteraan- kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah {Ali Ahmad 1994:4 }
SASTERA dari sudut bahasa~
S~ seni bahasa
A~ akaliah
S~ sensitiviti
T~ tersurat/tersirat
E~ estetika
R~ realiti
A~ alternatif
SENI BAHASA
~ Merujuk kepada keupayaan seseorang mengungkap, memahami dan menghargai keindahan bahasa
~ Memberi penekanan kepada keindahan bahasa melalui cara penyampaian yang baik
~ Pembentukan ayat menggunakan simile, inversi, peribahasa dan sebagainya menampakkan betapa indahnya bahasa melayu
AKALIAH
~ Sesuatu hasil sastera merupakan perutusan, amanat serta lontaran idea penalise untuk dikongsi bersama oleh khalayak ramai
SENSITIVITI
~ Gabungan daya rasa atau sensetiviti
~ Karya sastera berjaya meniggalkan impak kepada pembacanya
~ Dapat mewujudkan perasaan benci, sedih, simpati, marah dan sebagainya terhadap fenomena yang dipaparkan
TERSURAT DAN TERSIRAT
~ Pelbagai simbolik di sebalik kata-kata tertentu sehingga berjaya meningkatkan nilai sesebuah karya itu
~ Terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat dalam persekitaran
~ Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan
~ Tetapi, tidak sequa lambang yang tersurat membawa masked yang tersirat
ESTETIKA
~ Nilai keindahan dalam karya
~ Wujud secara bersepadu dengan unsur-unsur lain
~ Pemikiran, gaya bahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting dalam menilai kesan estetika dalam sesebuah karya
REALITI
~ Sesebuah karya sastera merupakan cermin realiti kehidupan
~ Persoala-persoalan yang dipaparkan dalam sesebuah karya merupakan rakaman realiti dalam masyarakat
~ 'Sastera merupakan cerminan masyarakat'-refleksi kehidupan sebenar manusia atau fenomena jika diterjemahkan secara halus dan berhemah ole penulisnya
ALTERNATIF
~ Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan perasaan yang bersarang di hati
~ Sastera adalah "alat pelepasan nilai bahasa dan jeritan naluri manusia sejagat" { A. Samad Said :1996 }
~ Sastera bukan milik peirbadi seniman atau penyair bahkan sastera adalah asas manusia untuk merasa memiliki
KATEGORI KESUSTERAAN MELAYU
PROSA & PUISI
PROSA
~Prosa klasik
~Prosa moden
PUISI
~Puisi klasik
~Puisi moden
~PROSA KLASIK~
Sastera rakyat
Sastera pengaruh Hindu
Sastera zaman peralihan
Sastera pengaruh Islam
Sastera panji
Sastera sejarah
Sastera ketatanegaraan
Sastera undang-undang
Sastera saduran
Cerita berbingkai
~PROSA MODEN~
Cerpen
Novel
Drama
~PUISI KLASIK~
Pantun
Syair
Peribahasa
Teromba
Talibun
Nyanyian kanak-kanak
Jampi mantera
Gurindam
Seloka
Nazam
~PUISI MODEN~
Sajak
Comments
Post a Comment