JURNAL HARIAN
Jurnal 8~
Hari ini
bertarikhkan 28 Mac, ditemani dengan hari Isnin yang mulia ini. Saya berasa
agak ralat untuk bangun pada awal pagi tadi. Pada awalnya, saya bangun pada jam
5.30 pagi. Saya berkata pada diri saya bahawa pagi masih lagi muda, jadi saya
sambung semula tidur saya. Saya mengingatkan pada diri saya untuk hanya tidur
selama 15 minit. Tetepi nampaknya, saya telah terlajak sehingga ke pukul 6.45
pagi.
Sesedarnya saya,
saya terus meluru ke tandas kerana menyangkakan saya sudah terlewat untuk
memulakan hari. Saya mencapai tuala dan juga peralatan mandi tanpa mengemas
katil saya terlebih dahulu.
Sesudah menyiapkan
diri, saya bersarapan dengan sekotak air
milo dan juga sepaket biskut yang berjenama Lexus. Kemudian, saya sempat
mengulang kaji sedikit tentang subjek biologi kerana cikgu saya ingin
mengadakan satu ujian. Saya membaca buku itu dengan gelojoh sekali kerana saya
berasa amat cemas.
Kemudian, saya ke
dewan serbaguna untuk menghadiri perhimpunan mingguan yang diadakan pada setiap
hari Isnin. Tujuan perhimpunan mingguan diadakan adalah untuk menyampaikan
informasi yang terkini kepada para pelajar. Dalam sesi perhimpunan, ada pelajar
yang berani menawarkan diri untuk memberikan ucapan untuk membina keyakinan
diri yang utuh dan kukuh.
Setelah tamat waktu
perhimpunan, saya bergegas ke makmal biologi kerana pada waktu itu merupakan
waktu biologi. Pada hari ini, kami sekelas mempelajari subjek biologi, kimia, Bahasa
melayu dan juga fizik. Aktiviti lain yang dilakukan oleh saya pada waktu
selepas itu sama sahaja.
Makanan tengah
hari yang disediakan pada hari ini agak istimewa bagi saya kerana pihak dewan
makan menghidangkan kami dnegan ulam-ulaman dan SAMBAL BELACAN YANG TERAMATLAH
SEDAP DAN PEDAS. Saya tambah sambal
belacan itu sebanyak tiga kali. Sudah lama saya mengidam untuk merasa sambal
belacan yang ekstra pedas sejak saya belajar di Kolej PERMATApintar Negara.
Asyik-asyik lauk yang dihidangkan tidak mempunyai rasa pedas sehingga membakar
lidah, melelehkan peluh di dahi dan memerahkan lubang hidung sehingga menjadi
seperti buah jambu.
Tetapi, antara
waktu kemuncak pada hari ini adalah pada waktu prep. Kami sekelas merancang
untuk membuat video tutorial untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa buli.
Saya diberikan amanah untuk menjadi seorang pembuli di dalam video itu. Saya
sungguh seronok dan menghayati waktu yang berkualiti itu bersama rakan-rakan
saya yang sangat saya kasihi dan sayangi.
Selepas itu, rutin
harian saya sama sahaja. Pulang ke bilik, berehat sekejap, mandi, makan malam.
Solat maghrib, mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustaz jemputan, solat
isya’, pergi ke kelas prep, mengulang kaji pelajaran, melakukan kerja rumah
yang telah diberikan oleh cikgu, dan akhir sekali tidur. Sebelum tidur, antara
amalan yang wajib dilakukan oleh saya sebelum tidur adalah menggook gigi dan
mencuci muka. Dan sebelum melelapkan mata pula, saya akan membaca doa-doa dan
potongan ayat yang disunatkan untuk dibaca sebelum melelapkan mata. Sampai itu
sahaja coretan buat hari ini. Saya sudahinya dengan assalamualaikum.
~SEKIAN, TERIMA KASIH~
Comments
Post a Comment