JURNAL HARIAN

   Jurnal 3~


Hari ini bertarikhkan 23 Mac, bersamaan dengan hari Rabu. Hari ini sama sahaja seperti hari yang lain. Saya bangun pada pukul 6.00 pagi. Saya lantas bantun dari katil dan meluru ke tandas untuk mandi. Setelah selesai menguruskan diri, saya pun bersarapan dengan sekotak air milo dan juga sepaket biskut oat crunch.

   Tepat jam 7.30 pagi, saya bergegas ke dewan serbaguna untuk menghadiri sesi perhimpunan harian pada hari itu. Setelah selesai sesi perhimpunan, saya bergegas ke blok pensyarah kerana cikgu Roslina akan memulakan sesi pembelajaran bagi mata pelajaran self development di situ.

   Antara mata pelajaran yang kami pelajari pada hari ini ialah self development, kimia, sejarah, dan juga bahasa inggeris. Pada pukul 10.30 pagi, saya pergi ke dewan makan bersama kawan-kawan saya  untuk menikmati minum pagi yang disediakan oleh pihak dewan makan. Tepat pada pukul 10.50 pagi, saya bergegas ke kelas sejarah. 

   Di dalam kelas sejarah, cikgu  telah memberikan satu soalan yang tergempar tentang subjek sejarah tingkatan 4 bab 3. Semua orang bagaikan terkial-kial mencari jawapan yang sedang terapung di awangan. Saya pun hanya hentam kromo sahaja soalan itu. Tiba-tiba, ada seorang mtp (majlis tertinggi pelajar) memberi salam dan menyatakan bahawa kami dikehendaki untuk begegas ke dewan serbaguna dalam keadaan segera. Kami menghembuskan nafas lega. Walaubagaimanapun, jawapan bagi soalan tadi perlu dihantar kepada cikgu. Saya menyerahkan kertas jawapan saya kepada cikgu dengan perasaan yang kosong.

   Kemudian kami sekelas bergegas ke dewan serbaguna untuk mencuba uniform yang baru diterima kami. Setelah selesai, kami menghadiri kelas bahasa inggeris pula. Guru yang mengajar subjek bahasa inggeris, Madam Noorlin, memberikan keputusan peperiksaan yang lepas. Pada mulanya, saya menyangkakan yang saya hanya akan mendapat B bagi subjek itu tetapi alhamdulillah, saya dapat A bagi subjek yang tersebut. Saya memanjatkan rasa kesyukuran yang tak terhingga kehadrat Ilahi kerana membantu saya dan mempermudahkan segalanya. Saya akan cuba menyasarkan A+ pula pada peperiksaan yang akan datang. Walaupun saya tidaklah sepintar rakan-rakan saya yang lain, saya akan cuba yang terbaik demi mencapai cita-cita dan matlamat saya iaitu berjaya di dunia dan juga akhirat.

   Selepas itu, saya melakukan perkara yang sama sahaja, contohnya pulang kebilik, makan malam, pergi ke kelas prep, bergelak ketawa bersama teman rapat dan lain-lain lagi. Walaupun hari ini kurang menarik dari hari yang lain, saya bersyukur kerana saya masih hidup.

~sekian~

Comments

Popular Posts