๐Ÿ˜JURNAL HARIAN 13/4 [THROWBACK K1]

Assalamualaikum dan hai. Bertemu kita lagi pada hari ini. pasti semua sudah tahu kan hari ini hari apa dan bertarikhkan apa bukan ? yaaa itu sudah pasti. hari ni, saya nak buat campak belakang bersama k1 yang tercinta ^^

okay. sebelum kita tengok gambar, kena lah ada intro macam namjoon selalu buat kan? haa.. okay. k1 ni kita cakap pasal k1 1620. semua gempak2 belaka. tetapi, dalam kegempakan masing-masing, ada yang pengotor, selekeh, kadang2 slow, pastu clumsy gila, annoying nak mampuh, dan macam-macam lagi. Tetapi, saya sayang classmate saya ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ’“๐Ÿ’ž๐Ÿ’•

sebab? sebab kami saling melengkapi antara satu sama lain. memanglah kadang-kadang ada yang gaduh, tetapi gaduh itu lumrah kehidupan, supaya lepas bergaduh kita akan menjadi lebih rapat ^^ kan kan kan ^^


haa. yang ni gambar dengan miss fairuz ❤️ Miss fairuz ni cantik orangnya ๐Ÿ’• kalah fazura u olls. miss fairuz mengajar kami subjek biologi. malangnya, segalanya tinggal kenangan. tetapi tidak mengapa, segala kenangan ini akan sentiasa terpahat dalam jiwa hati nurani sanubari kami. ๐Ÿ’“ kami tidak akan melupakan segala jasa dan juga ilmu yang telah miss berikan kepada kami❤️ mohon miss doakan kami dan halalkan segala ilmu yang telah miss berikan. yang paling penting, kami tidak akan pernah melupakan kecantikan miss yang setanding fazura ๐Ÿ’ž hehehehe ^^

satu gambar je cukup eh? taknak lah banyak-banyak, nanti hari lain kalau rindu boleh buat jurnal pasal k1 lagi ^^ sayang kalian๐Ÿญ

okay, sampai sini sahaja daripada saya,
assalamualaikum dan bye ๐ŸŒท
erein. ๐ŸŒธ

Comments

Popular Posts