😬 JURNAL HARIAN 19/4

Assalamualaikum dan hai rakan-rakan. Hari ini hari Rabu bersamaan dengan 19 April 2017. Hari ini alhamdulillah segalanya baik-baik sahaja. Hari ini, saya nak tulis jurnal baik-baik sahaja. hehe. oleh sebab itu, saya nak share satu quotes. hehehehe.

okay. sebelum tu, saya cerita lah serba sedikit tentang hari ini. Hari ni waktu pertama adalah waktu prep. Waktu prep ni selalunya saya tidur ataupun main tetapi, pada hari ini, saya menghabiskan kerja sejarah. Saya dapat merasakan bahawa hari ini akan menjadi hari yang sangat produktif dalam hidup saya (cahje)

masa yang kedua pula adalah falsafah. Pada waktu falsafah, K1 akan gabung kelas dengan K2. Kelas falsafah selalunya berlangsung di bilik gerakan pelajar. Pada waktu falsafah, K2 sangat aktif. Mereka boleh gelak terbahak-bahak dan juga bergurau senda. Lain sungguh dengan dengan K1. K1 selalunya ramai yang tertidur kerana kelas falsafah itu sedikit membosankan. Tapi, alhamdulillah dengan izin Allah, saya tidak pernah lagi tertidur ketika kelas Falsafah sedang berlangsung. Tapi perangai-perangai macam ni selalunya budak perempuan yang buat. hehe. Budak lelaki selalunya campur je. Tapi lelaki nub nub belaka. heheheehehehhe

masa yang seterusnya adalah waktu pj. Kadang-kadang waktu pj kami akan ke stadium. tapi tu kalau Cikgu Zaem ada lah. Kalau takde, kami akan ke ds untuk tidur lagi. hehehehe. Tapi, saya bangga hari ni saya tak tidur waktu pj. Saya siapkan mindmap sejarah tu. Saya bangga saya dapat siapkan assignment pada waktu senggang begitu.

Selepas bangun daripada tidur, selalunya kami akan mengumpul lemak dengan minum pagi di dewan makan. Pada hari ini, kami makan popia dan juga kuih tu tak tahu nama apa tapi ada kacang merah kat dalam. Macam roti goreng kena sumbat kacang merah. haa betul lah tu.

Selepas minum pagi, kami bergerak ke kelas english. Pada hari ini, kelas english bertempat di makmal komputer asasi 1 ke 2 tah tak ingat. Tapi makmal komputer ni yang menghadap asrama lelaki/ blok pensyarah. Hari ini kami belajar sentences type. Ada 3 sentences type. Simple, Compound, dan juga complex. Terangkan? Malas lah. Bukannya ada orang baca pun kan? tapi takpe, nanti-nanti kalau saya nak buat ulangkaji english saya akan buat satu jurnal harian khas untuk tajuk sentences type tu. hehe.

Masa yang seterusnya adalah kelas Chemistry. Kelas chemistry dekat lab chemist 2. Yang dekat atas tu. Chemistry kami tahun ni Cikgu Mad Nor. Aaaa cikgu ajar laju sebenarnya. Cam susah jugak lah nak catch up. Mr. Wong ajar saya faham tapi kadang-kadang bila dia mengajar tu saya takut jugak sebenarnya. Hohohohoho.

Dan sekarang ni adalah kelas BM. Kelas BM cikgu Mior ajar. Cikgu Mior boek ah. Hari ni beberapa orang daripada kelas saya kena present kerja BM yang dah berbula-bulan lamanya. Tak tahu lah bila giliran saya huhu.

oh haa. Waktu lunch pulak, kami sekelas makan semeja. Biasalahkan, kalau makan sekelas, mestilah meriah. Pastu start satu masa tu, Farah menganjing diana tau. Pastu takpe lah. Lepas diana, dia menganjing orang lain lak. sampai satu masa tu semua orang kena menganjing. Lawak betullah XD Tapi, nasib baik waktu farah nak menganjing saya tu, member dah gerak. fuhh seb baik do. kalau tak mati mengeras je dekat situ. Huhu. HEHEHEHEHHEHE

Saya rasa sampai sini sahaja jurnal saya untuk hari ini. oh haa saya akhiri jurnal saya dengan satu quotes. sekian assalamualaikum.

XOXO,
Erein 🍭



Comments

Popular Posts