😍 JURNAL HARIAN 30/4

Assalamualaikum dan hai rakan-rakan. Hari ini hari Sabtu bersamaan dengan 30 April 2017. Hari ni saya pergi Sunway Lagoon. Tak banyak gambar yang saya ambil kerana hmm tak tahu lah. Kakak ada banyak gambar. Kalau nak, pergilah tnegok vlog kakak. Saya tak tahu macam mana nak cari vlog dia sebab dia block saya dan saya pun malas dah nak cari dia. 

Kes untuk jurnal hari ini adalah saya agak penat dan mengantuk jadi, marilah kita biarkan gambar yang berbicara.
jambatan gantung (?) sort of

haaa, ni jambatan gantung. Mempunyai kisah yang tersendiri. Mula-mula nak jalan separuh je. Lepas tu along macam merajuk ke kenapa tah dia waktu tu, dia jalan sampai habis. Punya lah orang panggil dia, dia tak menyaut pun. Jadi, saya dah berjalan dekat 900 m dekat atas benda tu pergi dan juga balik. ish2 along ni.

peningggg
yang ni pulak laluan nak pergi ke titi tadi tu. kita punyalah ingat yang dekat depan tu cermin. Rupa-rupanya tak pun. yang cermin tu dekat tepi-tepi tu je. Ada satu tempat tu, macam ni jugak. Tapi lagi teruk. Punyalah terhuyung-hayang berjalan. tengok-tengok benda tu straight je. Huhu. Dah macam orang tak sihat je kerja jatuh dekat dalam tempat tu.
ee

sebelum itu lagi, kami pergi dekat tempat haiwan-haiwan tu. Saya pilih gambar ni je lah sebab kebanyakan haiwan dekat tempat tu suka mengawan. Saya dah pernah tengok black panthers, burung, yang macam rabbit ke hamster tah mengawan. Pergi mana-mana je mesti ada yang mengawan. Kalau tak mengawan pun, mesti tidur. Malashhh.
RADDDDBBBITTTT
Okay. Ni adalah rabbit ye rakan-rakan. Rabbit ni antara haiwan yang paling normal dan stabil dekat tempat tu. Makan. You goo rabbit. Soooo kiut kan? ^^ Rasa macam nak bela rabbit lak. Hehe.
klas kauuu
Haaa. Ibu ni bukannya selalu minum air ais tau. Lagi-lagi hujan. Ibu beli ni waktu erein dengan kakak tengah main dekat slide. Maaf lah takde gambar kat slide. Tak appropriate bak kata orang 😌 Btw air tu sedap walaupun ada coconut goreng (lol) yang cam kena gigit sampai hancur. Kalau tak rasa macam nak tersedak je. hehe.


❤️❤️❤️
Ibuuuu🌷 How i wish i can see your everday everytime before i close my eye. Rasa selamat bila ibu ada. Huhu. Nak balik. Cepatlah puasa saya nak balik. Nanti ibu masak yeyy ^^ Tashabaar

Okay. Saya rasa sampai sini sahaja jurnal saya untuk hari ini. Assalamualaikum. Bye ^^

xoxo, 
erein 🤓🌷



Comments

Popular Posts