😌JURNAL HARIAN 3/4

assalamualaikum dan hai. hari ini hari isnin bertarikh 3 haribulan 4. hari ni macam biasa dah start dah sekolah ye. saya sebenarnya tak sabar nak balik rumah. ye. saya tahu saya baru baliktapi itulah. saya nak balik lagi. saya tak suka duduk sini sejujurnya. bukannya apa, takde family. takde family tu takpe lagi, sementara je dekat sini, nanti jumpa mereka balik, orang-orang dekat sini. maaf lah nak cakap tapi lagi-lagi kelas saya. diri saya sendiri. semua macam aku lah paling lawa, aku lah paling pandai, aku lah paling hebat, aku paling ramai peminat semua macam tu ah. semua tak boleh kalah :)

dan benda tu sangat lah ssick. sakit hati. lelaki perempuan sama je. tapi of course lah perempuan lagi tah pape. haha. ok fine ahh. kau lawa sangat en. ye kau paling lawa. ye kau paling bijak en. kau paling kaya en. kau lah segala-galanya. dunia ni memang kau punya. tapi kan, dalam banyak-banyak tu, saya tak kesah sangat tau :) saya slalu cakap saya tak kesah. tapi sebenarnya saya.

ok yang paling saya tak boleh blah tu kan, bila ada orang yang jenis tak boleh tengok kita senang. saya tak kesah lah pasal result exam semua tu sebab one day semua mati jugak :) yang paling tak leh tu kan, jenis yang tak tenang tengok kita ramai kawan. jujur ah saya cakap, tahun lepas saya macam ramai gak ah rakan yang saya rapat. boleh cakap lebih daripada 5. tapi sekarang, semua macam cari saya bila susah je ") sampai bila nak macam ni. mana pergi true friend?

saya pernah baca tau yang kalau kita tak boleh cari, jadilah apa yang dicari. ye, saya dah cari apa yang saya cari. masih lagi tiada perbezaan. still. sakit hati sama je. kalau saya sekolah harian mesti tengah bahagia ni ") saya tahu benda tu takkan terjadi pun so takpe ah.

berbalik kepada cerita tadi, ada seorang rakan ni, saya tak tahu lah, macam one by one orang yang saya rapat dah tak rapat sebab dia. kalau saya cerita dekat someone, dia cakap kurangkan jeles. haha. i cant help feeling. maaflah. lumrah manusia. saya cuba, bukan tak cuba. sebab tu hujung minggu saya suka duduk bilik, saya taknak tengok apa-apa yang saya tak suka, jadi duduk dekat bilik lah yang paling selamat. tak buat dosa pun hehe ")

ok. saya rasa sampai situ sahaja coretan saya untuk hari ini. assalamualaikum dan bye :)
XOXO,
erein.

Comments

Popular Posts