😞JURNAL HARIAN 4/4

Assalamualaikum dan hai rakan-rakan. hari ni hari selasa bersamaan dengan 4/4. hari ni macam biasa sahaja. okay hari ni sebenarnya dapat kertas exam. kita tb dari pagi.

kelas yang pertama adalah bi. sewaktu kelas bi kmai tidak membincangkan apa-apa tentang kertas exam. saya berasa sangat gembiri. cuma, saya sedikit kesal dengan diri saya kerana telah menaikkan darah madam d. saya minta maaf madam. saya harap saya takkan ulang kesalahan yang sama. kesalahan kami adalah kerana kami sangat pasif dalam kelas bi. saya pun tidak tahu kenapa tetapi saya rasa jangga untuk bercakap kerana seluruh kelas tidak berkata sepatah. termasuklah pelajar yang terpandai di dalam kelas k1. ish3.

ok. matapelajaran yang kedua adalah bm. pada waktu bahasa melayu, kelas saya telah melakukan dua pembentangan oleh farah dan fathimah. mereka telah membentangkan tentang kuliah tatabahasa minggu 5 dan 6. tak tahu apa itu? kejap saya bagi link. hehe

>https://pppnukm.wordpress.com/category/kuliah-tatabahasa/

selepas itu, tibalah kelas sejarah. kelas sejarah dapat paper exam. haha. saya tak nak cakap pasal benda ni.

dengan ini, tibalah waktu minum pagi. makanan hari ni adalah kuih seri muka dan juga roti sosej (lol). hehehe... makanan pada hari ini amat sedap. saya sangat bersyukur dengan rezeki yang allah berikan kepada saya. aamin.

selepas minum pagi, tibalah waktu matematik. waktu matematik pun dapat paper. yang ni pun saya taknak cakap.

kemudian tibalah waktu pai. waktu pai paling best. tak belajar, tak bincang pasal exam pun. saya bersyukur. ya allah, kenapa aku tak pandai macam orang lain???

selepas waktu pai, tibalah waktu prep. waktu prep saya jujur lah ye. saya main game. hehe. sebab? stress tahu tak bila kita dah all out tapi semua effort kita turn into trash? penat tahu tak.

hmmm. lepas rehat petang tu ada waktu fizik. waktu fizik kami belajar macam biasa. cikgu taknak bagi paper pun sebab teruk sangat. hmmm. saya mintak maaf cikgu saya tak pandai macam orang lain.

dah lah. sampai sini sahaja jurnal saya. saya sangat sedih. tapi orang tak tahu sangat pun. haha. tu lh. sebab tu saya nak balik. duduk sini tapi rasa macam sampah buat apa. sama je ah. hadoo.
bye.

Comments

Popular Posts