JURNAL HARIAN

Hari ini hujung minggu. Antara hari kegemaran saya. Saya dikejutkan oleh dentuman pintu yang dilepaskan oleh jiran sebelah saya. Saya sangkakan jam sudah menundingkan pukul 12 tengah hari. Rupa-rupanya baru pukul 8.30 pagi. Hari ini hari Sabtu, ditemani oleh pasangan tarikhnya, 26 Mac.

   Lantas saya bangun dari katil yang empuk bagaikan daging ayam panggang, bantal pula selembut dan sesedap gula-gula kapas. Saya terus bergerak ke tandas setelah sekian lama terkejung di atas katil seperti mee yang belum dicelur dengan air panas yang sedang menggelegak.

   Kemudian, saya membuat kerja yang diberikan oleh para guru. Saya berasa agak bosan kerana rakan sebilik saya masih lagi tidur. Saya meneruskan perjuangan menghabiskan jurnal, kerja  matematik, dan juga self development.

   Selepas itu, saya pergi ke dewan makan bersama teman untuk bersantap makanan yang telah disediakan oleh pihak dewan makan. Makanan yang disediakan oleh pihak dewan makan itu boleh tahanlah rasanya. Rasanya kurang enak daripada hari sebelumnya. Walaubagaimanapun, kita mestilah bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita kerana itu adalah rezeki yang diberikan kepada kita.

   Kemudian, saya pulang ke bilik untuk berehat buat sementara waktu kerana saya sungguh penat kerana kebanyakkan masa pada pagi tadi dihabiskan hanya dengan membasuh semua pakaian saya. Saya mengambil masa lebih kurang 2 jam hanya untuk membasuh baju.

   Kemudian, saya pergi ke bilik kawan saya untuk membincangkan tentang hal pembelajaran. Saya berasa sungguh gembira dan tidak bosan seperti hari yang sebelumnya. Setelah habis perbincangan, saya ke dewan makan bersama dia. Makanan yang disediakan oleh pihak dewan makan lebih kurang sahaja dengan hari yang sebelumnya.

   Aktiviti yang seterusnya sama sahaja. Pulang ke bilik, menyiapkan diri untuk ke surau, pulang daripada surau, menghabiskan masa bersama rakan-rakan, dan akhir sekali tidur. Sebelum tidur, antara amalan wajib yang dilakukan oleh saya adalah menggosok gigi dan juga membaca doa sebelum melelapkan mata. Sampai itu sahaja coretan buat hari ini. Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts