JURNAL HARIAN

Jurnal 12~

   Hari ini hari biasa sahaja. Memenatkan. Meletihkan. Melelahkan. Saya bangun pada pukul 7 pagi, dikejutkan oleh bunyi jam loceng yang tidak mententeramkan itu.  Sejurus selepas itu, saya terus mencapai tuala dan meluru ke tandas. Setelah selesai menyiapkan diri, saya membuat sedikit ulang kaji pada waktu pagi. Hanya sedikit... Pada pukul 7. 40 pagi, saya dikejutkan dengan satu berita yang menggemparkan. BSMM ada perjumpaan di foyer blok pentadbiran. TIDAKKKKK....

   Saya dengan keadaan terpaksa, menghadirkan diri ke foyer itu. Kami melakukan beberapa aktiviti, antaranya berkawad. Orang lain smeuanya memakai kasut sukan kecuali saya, memakai kasut yang biasanya saya pakai untuk ke kelas prep pada waktu malam.

   Pada waktu petang pula, ada latihan memanah. Dari pukul 2 petang sehingga 5 petang. Latihan itu sungguh melenguhkan tangan terutamanya bahu dan siku. Sepanjang 3 jam, kami hanya menarik getah untuk membiasakan diri dengan memanah sebelum menggunakan peralatan yang lengkap terus.

   Kemudian, sama sahaja. Makan malam, ulangkaji, tidur. Ulang balik. Walaupun ada banyak aktiviti yang dilakukan pada hari ini, saya merasakan yang saya ni kosong. Ada sesuatu yang tertinggal. Entah apa. Mampukah aku mencari apakah ia? Ataupun aku akan hidup di dalam kekosongan yang nyata buat selama-lamanya? Bantulah aku ya Allah~

   ~SEKIAN, WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH~

Comments

Popular Posts