JURNAL HARIAN

Jurnal 15~

   Hari ini hari Rabu dan ya, sudah pasti pasangannya adalah 6 April. Hari ini masih lagi sama. Air masih lagi tiada. Sungguh menyedihkan. Saya TERlewat bangun. TER... Jadi derita ketiadaan air adalah lebih parah dan kritikal. Saya bangun pada pukul 6.00 pagi kerana dikejutkan oleh jerawat yang terlebih besar di atas dahi. Saya TERgaru jerawat itu. Saya ulang lagi sekali. TER lagi sekali. [ NASIB ]

   Setelah selesai meyiapkan diri, saya mengenakan baju polka dot yang baru dibeli di Rumah Mode di Bandung, Indonesia. Saya bersarapan dengan sekotak air milo dan juga sedikit keropok Pringles. Ubah angin katanya~

   Setelah selesai bersarapan, saya pun berjalan menuju ke dewan serbaguna Kali ini, saya menjadi orang yang ke 185 [ anggaran ] Saya pun dengar kadar segera melemparkan [ceh XD] beg saya dan terus beratur di barisan kelas 1K1.

   Sesudah sesi perhimpunan berakhir, saya terus bergegas ke bilik majlis unutk mata pelajaran self development. Cikgu Roslina menyiarkan satu video tentang kejadian manusia, daripa campuran sperma dan ovum, membentuk zaigot, kemudian membentuk embrio seterusnya barulah terjadi seorang bayi [ anda pun macam tu juga dahulu].

   Kemudian, tibalah pula waktu kimia. Miss Kina membincangkan tugasan yang pernah diberikan oleh beliau minggu lepas. Kemudian waktu sejarah pula kumpulan 1 dan 2 membentangkan semula tugasan mereka yang kurang berjaya pada hari semalam.

   Kemudian, tibalah waktu rehat. Saya bersantap di dewan makan. Hidangan yang disediakan boleh tahanlah rasanya. Tetapi yang paling istimewa adalah tiada lagi makan berhidang. YEAYYYY!!!!!!!!!!

   Setelah habis waktu rehat pada pukul 2.30 petang, saya bergegas ke kelas prep memandangkan sekarang adalah waktu prep.

   Setelah tamat waktu prep, saya pulang ke kamar saya. Kemudian saya bersiap-siap untuk solat maghrib. Kemudian, saya bergegas ke kelas prep semula untuk menyambung sesi prep.
Saya membuat perancangan untuk tidur pada pukul 12.30 pagi untuk mendapatkan tidur yang cukup agar saya lebih segar pada keesokan paginya.

~SEKIAN, TERIMA KASIH~

Comments

Popular Posts