JURNAL HARIAN

Jurnal 11~

   Hari ni hari yang cukup indah dan juga tenang.  Hari ini bertarikhkan 1 April, merangkap hari pertama dalam bulan April. Nampaknya bulan Mac telah meninggalkan kita. 1 April ini ditemani dengan Hari Jumaat yang merangkap sebagai penghulu segala hari.

   Saya bangun pada pukul 6.15 pagi kerana dikejtukan oleh sesuatu yang aneh iaitu saya jatuh daripada katil. Lalu saya menyambung tidur di atas lantai kerana lantai berjuta-juta kali ganda lebih sejuk daripada katil yang panas itu. Pada pukul 6.40 pagi, saya bergegas ke tandas untuk menyiapkan diri. Lebih kurang pukul 7.10 pagi, saya sudah siap menguruskan diri.

   Saya bersarapan dengan sekotak air teh bunga. ~ubah selera katanya~... Setelah menghabiskan air kotak itu, saya pun bergegas ke dewan serbaguna untuk menghadiri sesi perhimpunan.  Sesi perhimpunan ini berlangsung lebih kurang 10 minit. Kemudian, saya pun ke kelas. MAtapelajaran yang pertama adalah matematik. Matapelajaran yang saya gemari tetapi saaya bukanlah yang lpaling pandai dalam bidang matematik di sini. Sungguh menyedihkan.

   Matapelajaran yang kedua adalah pendidikan jasmani dan kesihatan. Nampak cikgu Zaim tidak hadir lagi. Kami sekelas mengambil kesempatan ini dengan membuat prototaip yang perlu dibentangkan pada waktu petang nanti. Prototaip kami bernama 'E.A.S.Y Attendance'.

   Kemudian, waktu spiritual circle pun tiba. Pada minggu ini, sesi usrah bersama naqiq dan naqibah masing-masing. Kami bermain sejenis permainan yang menguji ketahanan IQ dan juga kepekaan kita. Permainan itu sungguh kompleks dan memeningkan kepala. Walaubagaimanapun, kammi semua berjaya menghabiskan permainan itu dengan jayanya.

   Selepas itu, kami seusrah ke dewan makan untuk bersantap. Makanan yang dihidangkan pada hari ini sungguh menyelerakan. Cuma, sajian itu tidak mempunyai kuah dan kering... Tapi sebab lapar, makan je lah...

   Pada waktu petang itu pula, kami perlu membentangkan prototaip itu kepada seluruh warga PERMATApintar. Ketika Adib berada di atas pentas, dia seakan-akan ingin memanggil seseorang. "Farah", kata Adib. Kami warga 1K1  masing-masing menyorokkan muka. Nasib dia tidak menyebut nama saya. Habis nanti nama saya dijual... Farah pun dengan pasrah hati pergi naik ke atas pentas. Acara ini bernama 'Hey! Im not rubbish' kerana prototaip itu perlu diperbuat daripada bahan kitar semula.

   ~SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM SAN TERIMA KASIH~

Comments

Popular Posts