JURNAL HARIAN

   Hari ini hari Isnin bersamaan dengan 18 APRIL 2016. Hari Isnin ini sama sahaja seperti hari-hari yang lain. Semua aktiviti yang saya lakukan sama sahaja. Rutin pagi tidak perlu diceritakan lagi. Sama sahaja seperti anda yang sedang membaca.

   Kelas pertama pada hari ini ialah biologi. Matapelajaran biologi ini diajar oleh MIss fairuz. Matapelajaran yang kedua pada hari ini ialah kimia. Subjek kimia pula diajar oleh Miss Kina. Subje yang seterusnya ialah bahasa melayu. Subjek bahasa melayu pula diajar oleh Cikgu Mior. Mata pelajaran seterusnya ialah fizik. Subjek fizik ini diajar oleh cikgu Izzura. Setelah tamat kelas fizik, tibalah waktu prep yang berlangsung selama 1 jam.

   Setelah tamat waktu prep, saya pun pulang ke bilik. Tepat pada pukul 6.30 petang, saya pun pergi ke dewan makan bersama kawan-kawan saya. Menu yang disediakan oleh pihak dewan makan agak menyelerakan... agak...Setelah selesai makan, saya pun bergerak ke bilik.

   Setibanya waktu maghrib, saya pun pergi ke surau. Setelah selesai solat isya' berjemaah, saya pun naik semula ke bilik untuk mengulang kaji pelajaran jika tidak mempunyai keja yang diberikan oleh guru. JIka ada, saya akan selesaikan yang penting dahulu. Baru saya mengulang kaji subjek-subjek tertentu itu. Setelah berasa mengantuk, saya pun tidur.. zzzzz

~SEKIAN, TERIMA KASIH~

Comments

Popular Posts