JURNAL HARIAN

   Hari ini, Rabu bersamaan dengan 27 April. Hari ini saya bangun pada pukul 6.45 pagi. Saya terus bergegas ke tandas untuk menguruskan diri. Lebih kurang pada pukul 7. 30 pagi, saya sudah siap solat dan sudah bersedia untuk bergerak ke dewan serbaguna. Sebelum ke dewan serbaguna, saya bersarapan dengan sekotak air milo dan juga dua keping biskut lexus yang berperisa keju. Menu yang biasa.

   Dalam perjalanan menuju ke dewan serbaguna. Pandangan saya menjadi kabur. Saya berasa agak pelik dan juga curiga dengan kemampuan mata saya. Barulah saya teringat bahawa saya terlupa untuk mengambil kaca mata saya sebelum bergerak ke dewan serbaguna. Saya berlari semula ke bilik dan dengan pantas mencapai kaca mata yang berada di dalam laci almari. Saya berlari semula ke dewan serbaguna kerana takut diambil nama oleh Kak Celine. Hukuman bagi pelajar yang lewat ke perhimpunan harian adalah menyampaikan hujah pada hari berikut-berikutnya. Saya sungguh takut untuk bercakap di khalayak ramai. Nasib saya agak baik kerana nama saya terselamat daripada diambil oleh Kak Celine.

   Kelas pertama pada hari ini adalah Self Development. Saya tidak dapat menafikan bahawa kelas ini sungguh menarik minat saya. ENJOYYY~~

   Selepas waktu Self Development tamat, saya bergegas ke makmal kimia kerana pada waktu itu sudah tiba waktu kimia. Walaubagaimanapun, Miss Kina tidak dapat menghadirkan diri ke kelas kerana beliau ada kerja yang hendak dilakukan.

   Kemudian, tibalah waktu rehat yang dinanti-nantikan. Saya bersantap di kafeteria kerana malas untuk ke dewan makan. Kemudian, saya sambung semula waktu pembelajaran dengan kelas sejarah. Pada waktu sejarah, kami hanya melakukan ulang kaji snediri kerana cikgu memberi ruang kepada kami memendangkan minggu hadapan merupakan minggu peperiksaan. Selepas itu, tiba pula waktu bahasa inggeris. Madam Noorlin tidak dapat menghadirkan diri ke kelas juga kerana beliau mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan.

   Kemudian, tiba waktu makan tengah hari. Saya bergegas ke dewan makan untuk bersantap. Setelah habis makan tengah hari, saya pun naik ke bilik untuk berehat seketika. Saya juga sempat melelapkan mata sebelum tibanya waktu zohor.

   Malangnya saya terlelap sehingga pukul 4.20 petang. Nampaknya kelas prep akan berakhir lagi 10 minit. Saya pun hanya tinggal di bilik sahaja.

~SEKIAN CORETAN HARI INI, TERIMA KASIH~

Comments

Popular Posts