JURNAL HARIAN

Jurnal 14~

   Hari ini juga sangat menyedihkan. Sama sahaja dengan tempoh hari yang lalu. Hanya satu masalah yang membelenggu akal. Hanya satu sahaja yang sedang bermain dan bergayut di benak pemikiran setiap penghuni asrama di Kolej PERMATApintar buat masa sekarang. AIR MASIH LAGI TIADA. Sungguh menyedihkan. Tetapi saya ambil masalah ini sebagai satu ujian. "Alah, ape sangat, air tak de je. Sabar je la~" saya bermonolog sendirian.

   Hari ini diberi nama Selasa dan ditemani oleh kekasihnya, 5 April 2016 . Saya bangun pada pukul 5.25 pagi, semata-mata untuk mandi. Pada awalnya, air masih lagi laju. Tetapi lama-kelamaan, air semakin perlahan. Itu adalah sungguh menyeksakan.

   Setelah selesai menguruskan diri, saya bersarapan dengan sekotak susu Dutch Lady dan juga sepaket biskut Lexus. Kemudian, saya sempat mengulang kaji sedikit tentang biologi memandangkan mata pelajaran selepas ini adalah biologi.

   Selepas habis menghadam biskut, saya terus bergerak ke dewan serbaguna untuk menghadiri sesi perhimpunan harian yang diadakan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Sesampainya di hadapan dewan serbaguna, sayalah jelmaan pertama yang berada di situ. Hanya saya, bertemankan buku biologi yang telah menjadi sebahagian daripada hidup saya di dunia yang fana ini.

   Lebih kurang 10 minit kemudian, semakin ramai manusia yang muncul di dewan serbaguna. 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 dan seterusnya. Ada yang hanya datang seorang diri seperti saya, seakan-akan 'lone ranger' dan ada juga yang datang secara berkumpulan ala-ala 'The Wannababes' dalam novel hasil karya penulis kesayangan saya, Ain Maisarah.

   Perhimpunan harian itu dimulai dengan ummul kitab, Al- Fatihah dan diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

   Sehabisnya perhimpunan itu, saya terus bergerak ke makmal biologi yang terletak di blok asasi [ tumpang pelajar asasi cuti] Selepas tamat kelas biologi, saya bergerak ke bilik majlis untuk menghadiri kelas falsafah. Sekali lagi, Dr. Sakinah tidak berkesempatan menghadirkan diri untuk mengajar kami sekelas kerana beliau terpaksa menghadiri satu mesyuarat yang agak penting. Kami hanya melakukan kerja sendiri.

   Kelas seterusnya adalah muzik, pendidikan agama islam, matematik dan juga sejarah. Pada waktu muzik , cik Immatul menggantikan Dato' Ridzwan buat sementara waktu kerana dato' tidak dapat menghadirkan diri ke kolej.

      Pada waktu pendidikan agama islam pula, ustazah tidak dapat menghadirkan diri. entah mengapa. Tidak diberitahu apa sebabnya. Sepatutnya pada hari itu, kami diwajibkan untuk membentangkan slide yang dibuat berkumpulan.

   Sewaktu kelas matematik pula, saya belajar algebra pada hari ini. Pada mulanya, saya sangkakan algebra adalah teramatlah susah + extra kepayahan + sugguh melecehkan. Rupa-rupanya, mudah sahaja setelah dipelajari dan difahami serta belajar menggunakan hati nurani ini.

   Pada waktu sejarah, kumpulan 1 dan 2 membentangkan tugasanyang telah diberikan oleh cikgu pada minggu yang lalu. Malangnya, mereka terpaksa mengulang semula perbentangan mereka pada keesokan harinya kerana cikgu tidak berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilakukan oleh mereka.

~SEKIAN SAHAJA, TERIMA KASIH~

Comments

Popular Posts