JURNAL HARIAN

Jurnal 17~

   Hari Jumaat, penghulu segala hari, bertemankan 8 April yang indah. Hari ini saya bangun terlebih awal. Saya bangun pada pukul 6.45 pagi. Sangat awal... (emotikon senyum tak ikhlas yang terbalik). Tetapi yang magisnya hari ini, ada airlah. Kuat pulak tu... Sampai nak tercabut pili air tu. HEHEHE... Juz keddeng~

   Setelah selesai menyiapkan diri, saya bergegas ke dewan serbaguna untu menghadiri sesi perhimpunan. Saya bersarapan dengan sekotak milo dan juga sepaket biskut lexus yang berperisa keju. boleh tahan lah rasanya~

   Setelah tamat sesi perhimpunan, saya terus menuju ke kelas matematik. Hari ini masih lagi belajar dengan algebra yang memutarkan kepala seperti caacing [tak de kaitan bruh -__-] .

   Akhirnya, cikgu telah membongkarkan satu rahsia. Cikgu sebenarnya memberikan kami soalan matematik tambahan. uwau... Kejam T^T. Patutlah susah semacam je tengok soalan tersebut. Kelas matematik ini berlangsung selama 2 jam.

   Setelah tamat waktu matematik, saya bergerak ke dewan serbaguna untuk menghadiri kelas pendidikan jasmani. Setiap kali waktu kelas ini tiba, semua orang akan menghadirkan diri kecuali seorang hamba Allah ini, iaitu cikgu Zaim. Kami faham beliau merupakan seorang cikgu yang mempunyai banyak urusan kerja, jadi saya tak kisah sangat. Saya pun memanfaatkan masa dengan buat kerja sendiri.

   Selepas itu, tibalah waktu spiritual circle. Pada waktu ini, saya tidak tahu sangat apa yang telah terjadi kerana saya tertidur. Tetapi kali ini bukanlah TER, kali ini memang saya saja nak tidur. Saya dah terlebih letih dengan tak cukup tidur. Tidur selama 30 minit itu adalah cukup memuaskan sehingga kaca mata yang dipakai oleh saya telah berbekas di dahi dengan dalam sekali. Ia mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk menghilangkan dirinya sendiri.

   Hari ini makanan paling tak best. Sebab? Sebabnya adalah, ayam tu memang keras gila. Sayur kubis tu pulak, potongannya sebesar alam ._. Macam tak dipotong langsung... Apa nak buat makan je lah... ANA PASRAH~~ huhuhuhuhuhu T^T

   Oh ya, hari ini saya pulang bermalam. yeay ^^ Saya akan pulang ke tanah air yang tercinta iaitu Pulau Pinang yang bergelas Pulau Mutiara walaupun sebutir mutiara tidak pernah saya jumpai di pulau yang terletak di Pulau Pinang. Akhirnya, dapatlah juga merasa nasi kandar T.T HWAAAAAAAA....

~SEKIAN, TERIMA KASIH~

Comments

Post a Comment

Popular Posts