Latihan Rumusan 3 { Melaka }

   Petikan membincangkan tentang kaedah-kaedah untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam pada alaf ini.

   Kaedah-kaedah untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam adalah dengan menaik taraf pengangkutan awam. Selain itu,  mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri. Ketiga, menubuhkan sebuah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Keempat, mengenakan tambang yang sesuai dengan keadaan ekonomi semasa. Kelima, memperbanyakkan pengangkutan awam tersebut. Yang terakhir, mewujudkan sistem pengangkutan awam bersepadu.

   Antara masalah perkhidmatan pengangkutan awam ialah harga tambang bagi setiap pengangkutan awam adalah terlalu tinggi dan tidak berpatutan. Selain itu, dana yang diberikan oleh kerajaan juga tidak mencukupi bagi semua jenis pengangkutan awam.

   Kesimpulannya, pihak kerajaan haruslah mengambil berat dan sentiasa membuat pemantauan tentang semua jenis pengangkutan awam di Malaysia.

Comments

Popular Posts