JURNAL HARIAN

Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Saya memulakan hari saya dengan bacaan doa bangun tidur. amalan sunat. thehehhe.... Saya lantas bangun dari katil dan menggapai tuala dan perkakasan mandi lantas bergegas ke tandas dalam kadar segera. Saya bangun pada pukul 6.15 pagi.

   Setelah siap menguruskan diri, saya bersarapan dengan sekotak air milo dan jua biskut lexus yang berperisa keju berkrim. Setelah menghabiskan kedua-duanya, saya bergegas ke dewan serbaguna untuk menghadiri sesi perhimpunan harian.

   Kelas pertama pada hari ini adalah Matematik. Subjek yang agak saya gemari dari kecil tetapi sejak ke sini, matematik menjadi semakin susah, susah di luar sangkaan saya. Sudah terang lagi bersuluh saya bukanlah antara yang teratas ketika dalam peperiksaan. Walaubagaimanapun, saya tetap akan menuntut ilmu demi masa depan saya.

   Kelas matematik pada hari ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang sesi pembelajaran, kami dapat belajar benda baru dan menimba ilmu baru yang berguna dalam kehidupan kita sama ada sekarang, ataupun pada masa yang akan datang nanti. Saya dapat memahami serba-serbi tentang apa yang cuba disampaikan oleh cikgu Shamim, cikgu matematik saya. Apa nak dibuat, otak saya agak lambat bergerak berbanding murid-murid lain di Kolej PERMATApintar ini. Saya pasrah sahaja lah~~

   Setelah tamat waktu matematik, saya dan seluruh kelas 1K1 terus bergegas ke dewan makan kerana kami tahu cikgu Zaim mesti tidak ada. Juadah yang disediakan agak menyelerakan.. agakkk... Manakala airnya pula adalah milo dan horlick panas, sepanas api lava yang sedang menggelegak di dalam gunung berapi aktif yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

   Kemudian, waktu spiritual circle pun tiba. Kami semua berkumpul mengikut usrah masing-masing bersama naqibah dan juga ahli-ahli yang lain. Kami melakukan aktiviti yang sungguh menyeronokkan sepanjang sesi bersama ahli-ahli usrah itu. Sampai sini sahaja coretan buat hari ini. Assalamualaikum.

~SEKIAN, TERIMA KASIH~

Comments

Popular Posts