Latihan rumusan 1 { Sekolah Berasrama Penuh }

   Petikan di atas membincangkan tentang kelebihan berekreasi dalam kalangan remaja pada zaman kini.

   Kelebihan berekreaksi dalam kalangan remaja yang pertama adalah memastikan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda tidak terganggu. Selain itu, ia juga boleh menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat. Seterusnya, ia dapat membentuk sahsiah diri remaja yang baik. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menjadi persediaan bagi remaja untuk menempuh alam dewasa yang lebih mencabar. Yang berikutnya, ia juga membantu perkembangan psikologi remaja dalam membuat keputusan. Kemudian, ia dapat membantu remaja membuat pilihan yang tepat dan bijak.

   Antara kekangan yang dialami untuk menjayakannya adalah ketagihan dengan laman sosial. Selain daripada itu, pengaruh buruk oleh rakan sebaya juga boleh menjadi halangan bagi golongan remaja untuk berekreasi.

   Kesimpulannya, para ibu bapa sepatutnya memantau dan memerhatikan segala tingkah laku anak-anak mereka agar tidak tersalah membuat pilihan dalam hidup.


 

Comments

Popular Posts