JURNAL HARIAN SPECIAL EDITION (HARI SUKAN)

Ok. Hai. Hello. Its me. Hari ni hari sukan. em key. Hari sukan... Saya bangun awal. Lebih kurang pukul 5.30 pAgi, Sebab excited hari sukan kut... Saya melakukan rutin pagi yang sama sahaja. Sarapan, of course milo dengan biskut lexus.

   Saya bergegas menuju ke stadium kolej pada pukul 7.50 pagi. Saya begitu teruja dan bersemangat. Walaubagaimanapun, acara sukan tahunan ini tidaklah berlangsung tepat masnaya. Sadis bukan? Setelah beberapa minit kemudian (45++), barulah house cap menyuruh kami untuk melakukan senaman bersama rumah masing-masing.

   Acara pertama yang dipertandingkan adalah 1500 meter. Acara waktu pagi tak best sangat sebab atlet-atlet dari semua rumah pergi ragbi RAGBIIIII...sob sob sob... tak pelah. Tak de rezeki nak buat macam mana :\

   Ada juga food trucks yang datang. Pada asalnya, cikgu cakap ada 10+ food truck. tup tup, ada empat je. PASRAH~

   Saya menyertai acara lontar peluru. Sejujurnya bercakap dari hati, saya tak reti pun lontar pelluru. Apabila saya buat, selalu batal. Saya hanyalah bidang terjun Emerald. Sekali lagi, PASRAH JE LAH~

   Pada cubaan yang pertama, saya batal. Cubaan kedua pun batal juga. Pada saat itu, saya betul-betul rasa nak menangis. Saya risau saya akan mengewakan semua ahli Emerald yang mempunyai harapan untuk menang yang agak tinggi. Ketika saya gagal kedua-dua cubaan, saya sudah nampak muka ahli Emerald yang sudah fed up dengan saya. Saya tak dapat tahan lagi tekanan ini. Saya menangis. SEPUAS-PUASNYA.

   Saya hanya ada satu lagi cubaan sahaja. Jika saya gagal lagi sekali, say byebye Emerald. Pada cubaan ketiga, saya cuba untuk meniru gaya orang lain. Ternyata, ianya menjadi. Sungguh tidak disangka. Saya mara ke peringkat seterusnya.

   Pada peringkat ini, saya mula mendapat semangat saya balik. Saya cuba dengan lebih lagi. Saya tak boleh kecewakan Emerald. Berhenti jadi tak guna. Saya buat dengan sepenuh hati. 

   Tanpa disangka, saya mara ke pusingan akhir. Saya perlu bertanding dengan Kak Aina F3, Sherra F2. Saya pula? Hanyalah budak F1 yang baru masuk ke kolej ini. Pada cubaan yang terakhir, saya ternampak seseorang yang cukup saya kenali. Orang yang saya minati sudah sampai ^^ yeayyy... saya berasa sungguh gembira dan lebih bersemangat. 

   Tetapi... tiba-tiba saya nampak orang yang paling saya benci di KPpN pada ekor mata saya. Perasaan gembira dan syok sendiri tadi dah hilang melesap. Kini, timbul pula perasaan meronta-ronta ingin membunuh. PASRAHHH~

   Pada cubaan terakhir ini, saya melontar benda alah itu dengan semangat pejuang, semangat pembunuh psychopath, sambil menjerit kecil "benci' dan "mati". Demi planet, matahari, bulan dan bintang diangkasa, saya betul-betul menyampah dengan dia tu. Ternyata perasaan marah membuatkan kita lebih kuat berbanding perasaan gembira. Kegembiraan membuatkan kita menjadi lemah.

   Akhirnya, saya berjaya menjuarai dan meraih pingat emas dalam acara itu. Emerald di tempat pertama, ruby kedua dan topaz ketiga. Perbezaan saya dengan kak Aina, wakil rumah ruby, hanyalah 0.05 cm. Saya cukup-cukup bersykur dengan kudrat Ilahi.

   Pada waktu malam pula, anak-anak PERMATAinsan pun datang. Kawad la kau puas malam-malam buta BWHAHAHHAHHA. ringkaskan je lah eh.. sebab jurnal ni dah panjang sangat. Kawad ruby no. 1, emerald 2, topaz 3 dan sapphire dengan nombor keramatnya iaitu no. 4.. WUUUUUUU
  
   Keputusan keseluruhannya adalah topaz menjadi juara, emerald di tempa kedua, ruby kekal tempat ke 3 manakala sapphire sekali lagi bersama nombor keramatnya, nombor 4.

   Walaupun memenatkan, saya rasa amat puas hati pada hari sukan kali ini. Buat kali pertama dalam hidup saya, rasa best. OK lah dah panjang sangat ni... Sekian coretan hari ini... byeee

~TERIMA KASIH~

Comments

Popular Posts