Latihan Rumusan 4 { Johor }

   Petikan membincangkan tentang langkah-langkah bagi ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan pencapaian akademik pelajar di sekolah.

   Langkah yang pertama ialah mengenal pasti punca berlakunya kemerosotan tersebut. Yang kedua, ibu bapa haruslah menjaga hubungan kekeluargaan daripada terjejas. Yang ketiga, ibu bapa haruslah mencari masa untuk diluangkan bersama keluarga. Seterusnya, ibu bapa haruslah mengawal anaknya dari aspek sosial. Selain itu, ibu bapa juga harus mengutamakan kebahagiaan rumah tangga. Yang terakhir, ibu bapa juga perlu mencuba cara-cara yang berkesan untuk mendidik anak-anak mereka.

   Kepentingan akademik bagi pelajar adalah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti yang terbaik di dunia dan pada kebiasaanya akan dinilai daripada keputusan akademik yang cemerlang. Selain itu, dalam kehidupan seharian kita, kita mestilah senstiasa menimba ilmu.

   Kesimpulannya, ibu bapa perlu sentiasa memerhatikan dan prihatin dengan setiap tingkah laku anaknya.

Comments

Popular Posts