JURNAL HARIAN

Jurnal 13~

   Hari ini hari yang sungguh menyedihkan. Permulaannya pun sudah menyedihkan TIADA AIR!!! Pelajar-pelajar yang lama menyatakan bahawa perkara ini adalah normal dan ianya akan berlaku pada setiap tahun. TERSEKSA... oh ya... Hari ini hari Isnin bertemankan kekasihnya iaitu 4 April 16'.

   Saya mengambil masa lebih kurang 45 minit hanya untuk mandi. Sungguh menyakitkan hati. Nasib baik saya bangun pada 5.30 pagi. Jadi saya masih lagi ada masa untuk menyiapkan diri, bersolat dan sebagainya.

   Setelah selesai menyiapkan diri, saya mengapai sekotak air milo yang sarat dengan malt barli yang berkhasiat dan juga sepaket biskut oat crunch yang padat dengan serat yang mengenyangkan dan menyihatkan tubuh badan. Hehe...

   Kemudian, saya pun bergegas ke dewan serbaguna untuk menghadiri sesi perhimpunan rasmi. Sesi perhimpunan rasmi ini diadakan pada setiap hari Isnin. Perhimpunan rasmi ini berlangsung lebih kurang 1 jam.

   Setelah tamatnya sesi perhimpunan rasmi itu, saya bergegas ke makmal biologi di blok asasi. Makmal ini berjuta-juta kali ganda lebih sejuk dan selesa daripada makmal biologi yang sebelum ini. Pada awalnya, cikgu ingin membuat satu aktiviti. Tetapi disebabkan ramai lagi yang tidak membaca buku, cikgu hanya menyuruh kami membaca buku di dalam kelas biologi.

   Kemudian, waktu rehat pun tiba. Saya tidak pergi ke dewan makan untuk bersantap kerana saya agak sibuk pada waktu itu.

  Kemudian, disusuli dengan mata pelajaran kimia. Miss Kina menyatakan bahawa dia perlu menghadiri satu mesyuarat yang agak penting. Jadi kami hanya melakukan kerja sendiri. Saya membuat latihan yang diberikan oleh beliau tempoh hari yang lalu.

   Kemudian disusuli dengan waktu bahasa melayu . Cikgu Mior juga terlibat dengan mensyuarat tersebut. Saya pun menyambung untuk membuat kerja kimia itu. Jumlah soalan kimia itu adlah 148 soalan. Sudah pasti tidak akan siap dalam sekelip mata sahaja.

   Kemudian, saya ke dewan makan untuk bersantap di sana. Makanan yang dihidangkan pad hari ini boleh tahan la~ hehe.... Rezeki.. Makan saja lah...

   Saya berehat sebentar di bilik. tidur mungkin :/ ya. Saya tidur sahaja. Saya teramatlah letih. Bukan shaja hari ini, tetapi setiap hari.

  Setelah tamat waktu rehat itu, saya bergegas ke kelas fizik. Pada hari ini, secara kasarnya saya hanya belajar fizik sahaja. Tetapi saya dapat banyak sekali informasi dan ilmu baru yang berguna untuk masa hadapan saya agar masa hadapan saya lebih terjamin.

~SEKIAN, TERIMA KASIH~

 

Comments

Popular Posts