JURNAL HARIAN

Jurnal 16~

   Hari ini ringkas sahaja. Hari Khamis, 7 April. Saya bangun agak awal. AGAK JE...  Pukul 5.45 pagi. Boleh lah tu... Saya terus bergegas ke tandas. Hari ini, walaupun baru pukul 5.45 pagi, air dah tiada. TIDAKKKKKK.... Terseksa... Lagi sekali... Tetapi sebab dah selalu, sudah terbiasa pula.

   Pada pukul 6.20 pagi, saya habis mandi. Dalam pukul 6.50 pagi. Saya sudah selesai menyiapkan diri. Hari ini saya tidak bersarapan kerana saya berasa amat malas untuk menyepahkan bakul makanan saya yang mempunyai pelbagai jenis makanan. Dari manisan sehinggalah ke bertih jagung~

   Saya menghadiri sesi perhimpunan seperti biasa. Pada hari ini, Level 1 dan level 2 terpaksa memakai uniform kerana pada hari ini, mereka terlibat dengan future scientist conference yang berlangsung di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara.

   Kelas pertama pada hari ini adalah bahasa inggeris. Instruktor untuk bahasa inggeris tidak dapat menghadirkan diri ke kelas kerana beliau terlibat dengan conference tersebut. Kemudian, waktu fizik pula. Hari ini kami melakukan dua eksperimen tentang velocity yang membawa maksud sebagai pecutan.

   Kemudian, ada waktu rehat selama 30 minit. saya tidak berehat di dewan makan pada hari ini sebaliknya bersantap di kafeteria. Kemudian, waktu pendidikan agama islam. Ustazah Suriani juga terlibat dengan future scientist conference itu... Buat kerja sendiri lagi...

   Selepas itu, waktu bahasa melayu pula. Malangnya, Cikgu Mior pun terlibat sama dalam conference itu. Buat kerja sendiri lagi... Buat kali ke tiga pada hari ini.

   Selepas itu, waktu prep selama 2 jam. Saya memanfaatkan masa itu dengan membuat tugasan yang telah diberikan oleh para instruktor.

   Aktiviti selepas waktu itu sama sahaja. Bersiap untuk solat MAghrib. Pergi ke kelas prep semula, pulang ke bilik, ulang kaji sedikit, gosok gigi dan cuci muka kemudian tidur. Sebelum tidur, diwajibkan membaca doa tidur dahulu dan juga mengucap dua kalimah syahadah... Mana tahu, esok terkejung keras sahaja di atas katil seperti koew teow yang belum dicelur. Dah terkiok. Selamat kembali ke rahmatullah~~

~SEKIAN, WABILLAHILTAUFIQ WAL HIDAYAH, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH. TERIMA KASIH ~

Comments

Popular Posts