😁JURNAL HARIAN 13/2

Hai. yeahh. hari ini saya rasa jari saya sangat ringan. ohh haa sebelum itu, hari ni hari isnin bersamaan dengan 13 Februari 2017. Hmmmm. Okay ini merupakan jurnal pertama saya bagi tahun 2017. saya ni bukanlah rajin mana pun nak menulis panjang-panjang untuk blog ni. Tetapi saya akan berusaha sehabis baik demi masa depan saya sendiri.

Okay. Mari kita bincang tentang Bm resolution ye. Sebenarnya saya target untuk bm saya taknak dapat b. tak kesah lah b- ke, b solid ke, b+ sekali pun saya taknak. Kalau dapat A- tu saya bersyukur je lah. Tapi kalau dapat a solid ok gak. Tapi saya akan berusaha untuk dapat A+ lagi untuk mata pelajaran bm. Baru lah boek :)

Saya ingat lagi exam tahun lepas, saya tak berapa ingat exam tu yang ke berapa tapi apa saya tahu saya dapat b-. serius sedih gila waktu tu. dah lah saya memang tak pandai bab2 math dan sains ni. tiba2 subjek fav dapat b-. rasa mcm taknak hidup dah tau waktu tu. rasa sedih tu allah je yang tahu.

tapi alhamdulillah waktu exam 4 saya dapat a+ untuk bm. saya rasa seronok sampai bulan bintang marikh semua lah. dan yang paling seronok, antara kelas k1 dan k2 (kelas cikgu mior ajar), saya seorang sahaja yang dapat A+. saya sangat bangga. hehe. bunyi macam acah je tetapi itulah hakikatnya.

saya sudahi jurnal hari isnin saya ini dengan assalamualaikum :)
P/S: Doakan saya dapat A+ lagi bm dalam exam yang akan datang :)

Comments

Popular Posts