Skip to main content
🙎🏼LATIHAN PERIBAHASA
A. Membina
ayat daripada peribahasa
1. bagai
menatang minyak yang penuhIbu bapa
selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang
penuh sehinggalah mereka dewasa.
B.
Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi
Pak Hassan
terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup
melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu
terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah
membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman
yang setimpal.
i. bagai
menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
ii. bagai
menyonteng arang ke muka (memalukan)
iii. anak
emas (anak kesayangan)iv. air muka
(diri, peribadi)
C.
Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi
Setelah
Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa
pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.* keluar
mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
D. Mengisi
tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
1. Tok
penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat
dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada
sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama ............(i)...............
Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak
mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini
demikian kerana ......(ii)........ Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok
penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ............(iii)...........nya
itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.
i. rumah siap
pahat berbunyi
ii. mulut
manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya.
iii. anak
buahBeri maksud
peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
Latihan 1:
1. bagaikan kera mendapat bunga
-Orang yang
tidak reti menghargai pemberian seseorang.
-Tiada guna kita memberi hadiah hari lahirnya kerana dia bagaikan kera mendapat bunga dan
tidak akan pernah menghargai pemberian kita itu.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
-Hanya kerana
salah seorang, nama sekumpulan menjadi buruk.
-Sikap Cikgu Kang yang suka berat sebelah itu menyebabkan
nama baik Sekolah Taman Cempaka Lestari tercemar kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
-mengharapkan
sesuatu yang belum pasti.
-Janganlah kita terlalu mengharapkan keputusan SPM
cemerlang 9A+ bagai burung terbang dipipiskan lada kerana
belum pasti lagi perkara itu akan terjadi.
4. menegakkan benang yang basah
-cuba menegakkan
sesuatu yang salah atau tidak benar.
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua orang sudah tahu bahawa
perkara itu hanyalah fitnah.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
-dalam keadaan
berbahaya.
-Setelah dia tertangkap meniru dalam peperiksaan yang
berlangsung sebentar tadi, kini hidupnya bagai
telur di hujung tanduk kerana telah disoal oleh guru disiplin yang sungguh
garang.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
-orang berilmu
yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.
-Walaupun dia merupakan pelajar yang paling pintar dalam
sejarah Kolej PERMATApintar dia tetap merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang
bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
-mendapat
keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.
-Suzana bagaikan
tikus jatuh di kepuk sejak berkahwin dengan Tuan Ihsan yang kaya-raya itu.
8. matinya semut kerana gula
-mendapat
kesusahan kerana tamak akan harta benda.
- Oleh kerana Miza terlalu tamak dengan harta dan wang, akhirnya Miza hidup tidak tenteram kerana matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
-pergaduhan antara
adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.
-Pergaduhan antara saya dan abang saya tidak berpanjangan
kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
-kasih-sayang
yang tidak berkekalan.
-Cinta Awina kepada Syam tidak kekal lama bagaikan embun di hujung rumput.
Latihan 2:
1. seperti mendukung biawak hidup
-membuat
pekerjaan yang sukar dan berbahaya.
-Perbuatan awak menyertai kumpulan gangster itu bagaikan mendukung biawak hidup.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
-menerima nasib
malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan.
-Hidupnya bagaikan sudah
jatuh ditimpa tangga kerana selepas kematian kucing kesayangannya, arnab
dia pula yang mati.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
-mengutamakan
orang lain daripada keluarga sendiri.
-Sikap Pak Samad yang memberikan wang perbelanjaan
bulanan kepada gadis itu bagaikan kera
di hutan disusukan, anak isteri di rumah mati kebuluran kerana Pak Samad
bukanlah orang yang berada.
4. ditelan mati emak, diluah mati bapak
-dalam keadaan
serba salah.
-Amani tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut mama
atau papa setelah mereka bercerai kerana ditelan
mati emak, diluah mati bapa.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang
rendah
-berbuat baik
kerana sesuatu sebab yang tersembunyi
.-Saya tahu Kehlani memuji kecantikan Cikgu Saleha ada
sebab yang tersembunyi kerana kalau
tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
-orang yang
tamak akan rugi.
-Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri yang
rugi.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
-telah tahu
keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja.
-Saya tahu tujuan kamu datang berjumpa dengan ibu bapa
saya kerana sekilas ikan di air,
sudahku tahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
-membuat kerja
bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil.
- Kita mestilah melakukan semua perkara yang kita mulakan
sehingga berjaya umpama genggam bara
api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
-membuat kerja
dengan sia-sia.
-Nasihat guru kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia merupakan seorang pelajar
yang keras kepala.
10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata
tak nampak
-kesalahan orang
lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita
tidak nampak.
-Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikap kuman di seberang laut nampak, gajah di
depan mata tak nampak.
Latihan 3:
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
-di mana ada
punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul.
-Di kawasan pasar pagi itu sungguh sesak bagaikan lalat mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
-pembangunan
yang tumbuh dengan pesat.
-Sejak syarikat itu diasaskan, syarikat itu membangun
dengan pesat bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
-usaha gigih
yang berterusan.
-Kita mestilah menabung setiap hari walaupun hanya 20 sen
kerana sehari sehelai benang,
lama-lama menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa
-mempunyai wajah
yang serupa.
-Saya menyapa orang itu kerana saya menyangka dia adalah
Cikgu Aqwan sedangkan dia hanya pelanduk
dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
-mendidik anak
biarlah sejak mereka masih kecil.
-Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dari kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu
-barisan yang
bengkang-bengkok.
-Guru disiplin itu naik angin kerana para pelajar beratur
senget-benget dalam sesi perhimpunan itu seperti
ular kena palu.
7. mati semut kerana gula
-mendapat
kesusahan kerana tamak akan harta benda.
- Oleh kerana Miza terlalu tamak dengan harta dan wang, akhirnya Miza hidup tidak tenteram kerana matinya semut kerana gula.
8. bagai mendapat durian runtuh
-mendapat
keuntungan dengan banyak.
- Dania bagai mendapat durian runtuh semalam kerana ramai
yang memberikan dia hadiah bersempena dengan hari lahirnya yang ke-16.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
-dua orang yang
rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.
-Walaupun Soo kiang dan Ng Er sangat akrab, tetapi
masing-masing mempunyai impian yang berbeza umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
-mendengar
sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ ditinggalkan.
-Apabila Wi Yang mendengar
guruh di langit, air tempayan dicurahkan Wi Yang terus membuang kasut
sekolah lamanya yang sudah buruk dan terkoyak-rabak sebelum mendapat sepasang
kasut baru.
Latihan 4:
Beri
peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata
dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu
tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut
mempunyai maksud yang tertentu.
- Ada udang
di sebalik batu
2. Selepas
pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang
bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
- Biduk
berlalu kiambang bertaut
3. Walaupun
sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun
kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung
halamannya.
- Bagai itik
pulang petang
4. Walaupun
berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang
guru yang baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang.
- Meriam
buluh
5. Walaupun
keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam
rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
- Bangkai
gajah tidak boleh ditutup dengan sehelai pelepah
6. Hanya
Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu
menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
- Kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga
7. Walaupun
asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan
bersungguh- sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan
itu dengan cemerlang.
- Belakang
parang jika diasah lagikan tajam
8.
Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba
mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
- Kalau kail
panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga
9. Setelah
merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula
di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
- Bagai ikan
pulang ke lubuk
10. Perbuatan
Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya berhenti
merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh
kekaksihnya itu.
- Bagai mencurah air ke daun keladi
Comments
Post a Comment