😃 JURNAL HARIAN 27/2

hai. hari ini hari isnin. hari isnin ini sangatlah biasa dan membosankan. sebab? sebab hari ni hari isnin lah. selalunya hari isnin ni lah hari yang paling liat sangat nak bangun. ras amacam nak sambung tidur.. tapi jangan risau, solat subuh tidak dilupakan.

hmm.. saya tak tahu nak cerita pasal apa. saya cuma nak bagitahu yang saya ni baik orangnya. haha lol takde lah saja je. tak betul pun. saya ni biasa-biasa sahaja. tapi saya harap nanti bila saya besar saya akan lawa. doakan ye rakan-rakan. 1 "suka" 1 "doa". hehe. takde lah. yang tu pun saya melawak jugak.

saya cuma nak bagitahu yang saya ni periang orangya. cuma sejak kebelakangan ni, saya tak tahu lah tetapi saya rasa amat sunyi dan stress. ya allah, kau tabahkanlah hatiku ini ya allah. hanya kau yang tahu perasaan aku sekarang ni.

saya kan, sebenarnya, saya sendiri tak tahu apa masalah saya. apa yang saya tahu saya sangat tertekn. malahan, jerawat-jerawat baru mula mengganas di atas permukaan dahi saya yang dulunya pernah licin seperti tidak pernah melakukan dosa (lol).

selain jerawat, saya juga suka menangis di dalam hati. sebab kalau nangis dekat luar orang akan kondem. jadi marilah kita menangis sendiri dan meratapi nasib sebagai nurshazerein binti shamsani yang agak malang. tapi saya suka kehidupan saya apabila saya berada di rumah. keluarga yang sempurna bagi saya. cukup sahaja dengan apa yang saya perlukan. saya sangat sayang ahli keluarga saya. terutamanya ibu abah kakak dan along. yang keluarga kembangan tu sayang jugak hehe.

okay.sejujurnya saya hanya merapu pada hari ini. saya memohon maaf ya rakan-rakan. ampunkan saya.sampai situ sahaja coretan saya untuk hari ini.
XOXO,
erein.

Comments

Popular Posts