😊 JURNAL HARIAN 28/2

assalamualaikum dan hai. saya erein. tahu kan kan kan? tak kenal? oh. okay. takpe lah tak kenal. ehh. tak boleh takpe. kena kenal jugak.

okay. saya dah dapat idea dah untuk jurnal hari ini nak buat tentang apa. kita buat sedikit ice breaking ya.okay. dalam jurnal pada hari ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang diri saya. hehe. maaf lah kalau saya ni tak menarik sangat. saya ni orangnya biasa-biasa sahaja (lol)

okay. nama diberi nurshazerein binti shamsani. dulu dekat sekolah rendah orang panggil shazerein. panjang kan? okay. so sebab panjang sangat, dekat permata orang panggil saya erein. saya lahir pada tahun kambing. ye. betul 2003. sekarang saya berumur 14 tahun. eh sebenarnya belum. lagi 9 hari baru hari lahir saya. jadi saya masih lagi 13 tahun lah ya. hehe...

okay selain nama dan tarikh lahir, saya juga dengan terbukanya akan berkongsi tentang twmpat lahir saya. saya lahir di hospital kulim,kedah. ya. ic saya -02- di tengah. walupun saya lahir di kedah, saya merupakan seorang anak penang yang tidak begitu menyumbang kepada negeri. keadaan ini adalah serupa seperti ubaidah. cuma ubaidah ni penyenyap sangat. dia ex coursemate saya dulu. tak sangka saya dapat. hehe

selain itu, saya juga gemar dengan warna pink dan hitam. tapi selalunya dalam segi pakaian, saya prefer warna hitam lah. takkan pink kan?

ok. saya rasa sampai situ sahaja coretan saya untuk hari ini.sekian, trimas..
XOXO,
erein

Comments

Popular Posts