🙆🏼LATIHAN CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

Latihan 1:

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh. “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu


JAWAPAN


Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya. Ani pula bertanya kepada Salleh rancangan apa. Salleh menerangkan tentang rancangan mendaki gunung yang telah diperkatakan oleh Ani tempoh hari yang lalu. Ani menjelaskan bahawa hal itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. Salleh menyokong cadangan itu dan memuji Ani bagus. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata  sahabat karibnya itu.


Latihan 2:


“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu. “Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya


JAWAPAN


Ani berkata bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan dia berseorangan. Tuk Yahya mengatakan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sini kerana di sigi bahaya sambal meneliti mata belolok anak itu. Ani merengek lagi yang dia tidak mempunyai sesiapa. Tuk Yahya berkata yang dia tahu. Ani menjelaskan bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah lagi takut-takut bom akan gugur di situ lagi dan datuknya juga tiada. Ani hamper meraung. Tuk Yahya memujuk dengan mengatakan Ani mempunyai Tuk Yahya dan Comot.


Latihan 3:


“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim......[ 6 markah ]


JAWAPAN


Nizam bertanya kepada Salim mengapa dia kelihatan muram sahaja. Salim memberitahu dengan perasaan sayu bahawa pagi tadi Cikgu Khairul bertanyakan kepada saya tentang  yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar. Nizam bertanya dengan perasaan hairan bukankah Salim mendapat biasiswa. Dia juga bertanya kenapa Salim tidak menggunakan duit tersebut untuk membayar yuran. Salim menjelaskan bahawa dia telah menggunakan duit tersebut  untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Nizam mencadangkan Salim untuk bertemu dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenar. Salim mengatakan dia takut kerana Cikgu Khairul itu sangat garang.


Latihan 4:


MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?

FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia

JAWAPAN


Mawi mengatakan mi itu sungguh sedap. Dia juga turut bertanya apakah nama mi itu. Felix menjawab mi pedas.  Mawi berkata memanglang minya pedas. Dia turut bertanya lagi sekali apa nama mi itu. Felix berkata mi pedaslah namanya. Si Dolah kata namanya mi pedas. Mawi bertanya kepada Felix jadi dia masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi pedas. Felix menjawab ya kerana dia sudah berjanji mahu belanja Mawi dulu. Inilah dia.


Latihan 5:


Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita ...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit


JAWAPAN


Norhayati bertanya kepada Norasyikin mengapa dia tidak datang ke sekolah semalam. Norasyikin meminta maaf. Dia menyatakan bahawa dia ada hal di rumah. Norhayati bertanya hal apa. Dia juga meminta Norasyikin menceritakan hal itu. Dia berkata seandainya susah, sama-samalah kita tanggung. Dia bertanya lagi bukankah mereka sudah lama berkawan. Lalu Norasyikin pun memberitahu Norhayati bahawa ibunya sebenarnya sakit.


Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.


Latihan 1:


Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.


JAWAPAN


“Negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi” kata Kamariah kepada Aziz dan Samad.                                                                                                                                                              

“Ya, betul cakap kamu itu Kamariah. Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah” kata Samad yang menyokong pendapat Kamariah.
“Tetapi saya hairanlah. Mengapa ramai rakyat Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand Singapura dan negara-negara Eropah?” kata Aziz.
“Saya setuju dengan pandangan awak, Aziz” kata Kamariah.
“ Saya rasa perkara ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri” kata Samad.
“Saya setuju, saya setuju” kata Aziz.
“Saya mencadangkan agar pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka” kata Kamariah.
“Di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri” kata Samad.
“Ya, betul itu” kata Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Latihan 2:


Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.


JAWAPAN



“Abang nak kemana tu?” kata Mak Limah yang melihat suaminya dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar.

“Abang hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju” kata Pak Usop.

“Abang mari makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja” kata Mak Limah kerisauan takut-takut suaminya akan berasa lapar.

“Abang rasa abang nak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu” kata Pak Usop.

“Habis tu, abang nak kerja apa kalau meletakkan jawatan itu?” tanya Mak Limah.


“Abang nak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas” kata Pak Usop lagi.




Comments

Popular Posts