🏊🏻JURNAL HARIAN 19/2

assalamualaikum dan selamat sejahtera. hari ni hari ahad bersamaan dengan 19/2. nak tahu tak, tadi pagi saya terbanguntgh tidur tu,  pukul 6.00. pastu saya macam gelabah gila sebab saya ingat hari ni hari isnin. pastu saya dah fikir pasal baju tak gosok lagi, semua lah. rasa macam nak nangis je pagi tu. pastu terus bukak phone tengok kalendar. phewww... nasib baik baru hari ahad. pastu saya dengan gembiranya sambung tidur balik sebab, weigi ('-')

pastu waktu tengah tidur tu, saya bermimpi. saya tak ingat saya mimpi apa. tapi yang paling saya ingat adalah... saya cakap dalam mimpi tu " eh jap kenapa aku rasa lama sangat aku tidur ni?" pastu saya pun bangun dengan segera. waktu tu pukul 8.57 pagi. syukur alhamdulillah sebab saya ade kelas renang pada pukul 9.

so leklek je siap2. dalam pukul 9.05 saya dah siap. saya pergi bilik farah. tapi dua-dua tengah tidur (rumet). pastu tunggu lah dia siap. waktu saya sambung tidur kejap dekat bilik dia, tiba2 zhi datang. pastu kitorang pergi pool berempat.

nak dijadikan cerita saya kurang pasti gogle saya ada dekat mana. so saya pun pinjam ah gogle rumet saya. saya dan beberapa orang rakan lagi berenang di tempat yang dalam sebab saya sebenarnya suka akan cabaran. pastu ade lah swim dalam 3 lap. pastu diving. serius, kalau salah dive, sakit gila badan. rasa macam kena tampar, tapi kena tampar dengan air. boleh bayangkan tak? korang kena tampar dengan tangan gergasi. walaupun air tu macam lembut je, pehh kesan dia sakit sampai sekarang.

dalam pukul 11.45 macam tu kelas pun berakhir. sebenarnya dah boleh naik waktu tu, tapi saya malas nak naik. so kami pun berendam lah dalam kolam tu sampai pukul 12.30 macam tu.kemudian baru naik. waktu balik bilik, ya allah muka. burn baby burn~ muka jadi cam warna kelabu. dah tak lawa dah (HAHAHAHAHAHHA) tapi saya tak kesah sangat sebab saya memang tak lawa XD.

pastu saya tak makan lunch. yeah. malas. dinner pun entah lah. rasanya tak makan. huhu. ok lah sampai situ je coretan hari ni.
sekian,
yang benar,
XOXO,
erein.

Comments

Popular Posts