☔️JURNAL HARIAN 21/2

assalamualaikum dan hai rakan-rakan. saya di sini nak berkongsi jurnal harian saya. macam biasa lah ye. okay. hari ni pagi-pagi bangun awal. alhamdulillah dah 2 hari tak kena marah. first class hari ni bi. kami kena marah. macam biasa lah. kami takut sebenarnya. tapi bagi saya lah kan, antara penyebab-penyebab saya taknak bercakap dalam kelas bi pada tahun ini adalah kerana setiap kali saya mengemukakan pendapat saya, pendapat saya sentiasa disengkal. saya tidak mengharapkan pujian tinggi melambung seperti joy, fathimah dan adam farees. cukuplah sekadar menerima pendapat saya, walaupun pendapat saya mungkin lebih kurang sahaja, sekurang-kurangnya saya berani untuk bercakap. bukannya senang nak bercakap dalam kelas bi ni. itu lah antara faktor yang membuatkan saya malas nak bercakap dalam kelas bi. bukannya tak fasih berbahasa lingua franca, cuma tidak berkesempatan untuk menyerlahkannya. saya pasrah dan reda sahaja dengan nasib saya :)

kelas yang seterusnya adalah kelas bahasa melayu. kelas bm pada tahun ini diajar oleh cikgu mior. sama saja seperti tahun lalu. saya rasa santai sahaja belajar dengan cikgu mior walaupun pada tahun ini, cikgu mior seperti lebih rajin untuk membekalkan kami sumber kerja yang sangat banyak. sejujurnya, saya tak sempat study pun. saya hanya menyiapkan assignment sepanjang masa. itu pun saya reda. saya bukannya apa, saya kesian dekat ibu bapa saya. banyak sangat duit dah keluar untuk saya, rasa menyesal sebab dilahirkan di dunia ni pun ada. tapi, sekali lagi, saya reda sahaja.

selepas kelas bm, tibalah waktu sejarah. saya memang dari saya kecil saya meminati sejarah. maklumlah, ibu saya merupakan seorang cikgu sejarah. saya masih ingat lagi, saya baru darjah 3 pada masa itu, ibu saya menyuruh saya membaca novel 'hikayat raja-raja pasai' sekiranya beliau terlibat dalam mesyuarat. selain itu, beliau juga pernah memberikan saya novel 'detik 6.20'. novel itu sungguh menarik. selain itu, saya juga pernah membaca buku-buku sejarah tingkatan 4 dan 5 ketika saya berumur 10 tahun. bagi saya, sejarah bukanlah sesuatu yang membebankan otak. sejarah adalah seperti satu jalan cerita yang menarik. cuma, sejarah adalah satu cerita yang pernah terjadi pada suatu masa dahulu. ramai yang berkata, sejarah susah nak ingat sebab tarikh semua tu. habis tu, bagaimana kalian boleh mengingati tarikh lahir artis-artis k-pop? bukannya 1, bukannya 2. berlambak sangat. minat. tu je.

selepas kelas sejarah, kami pergi berehat minum pagi di dewan makan. hari ni makan donatnatnat dan kerripafpafpap. dap ah. tapi takleh ambil lebih. sedangkan nanti ada je yang dia buang. ish3.

selepas waktu minum pagi, kami bergegas ke kelas math. pada waktu ni, saya agak bad mood atas kejadian yang berlaku di kelas sejarah. usah diingat lagi. kertas mahjung tak boleh liquid. mari move on --" hari ni kelas math belajar statistik. okay. sejujurnya saya cakap statistik ni senang. macam dekat sekolah rendah. tak silap statistik ni bab terakhir. ughh alhamdulillah. kemudian, cikgu ada bahagikan kumpulan. saya bersyukur ahli kumpulan saya semuanya normal-normal belaka. tak pelik, tak hegeh. ahli kumpulan saya adalah cik thi dan juga harooooooon.

selepas kelas math, kami bergegas ke kelas pai. waktu kelas pai ni, kebiasaannya akan berlaku perebutan kerusi. sebab? okay. budak perempuan ada 8 orang semuanya. dekat kelas tu 1 meja bergabung tu ada 6 tempat je. jadi memang kena pandai-pandai ah survive. saya tak pernah lagi kena duduk hujung. huehue.

kami terus terkedek-kedek ke kelas fizik. kelas fizik ni kebiasaanya akan drag. macam tadi, sepatutnya kelas habis pada pukul 12.30 tengah haari. tetapi malangnya kelas tamat pada pukul 12.50 tengah hari.

selepas kelas fizik tamat, saya dan farah pergi ke pejabat asasi untuk hantar assignment miss ing. sepatutnya kena hantar semalam tapi semalam kalut gila. sebab taknak kena marah dengan warden lagi, saya pun tak hantar lah kerja tu. dia tu faham-faham ah. orang student kot. ishhh

waktu lunch tu serius best. sekelas campur lelaki perempuan makan semeja. dah lah makan lambat, semeja pulak tu. kami dapat makanan banyak gila. sayur kangkung je dah 3 mangkuk hehe... pastu adib tu kenapa tah tadi pelik semacam je. tampor kang. tak bernyawa esok.

ok. pada pukul 2.30 petang, para pelajar dikehendaki pergi ke stadium. bila otw nak pergi tu, dah hujan. kami pun redah je lah. tapi, tiba2 kena pergi ds. tahu tak jauh. tahu tak hujan. huhu. basah kasut, basat tudung, basah baju, ah semua lah basah.

dekat ds tu kami yang tak terlibat ni tengok je lah orang lain main. sapot house2 sendiri. saya tak sapot rumah je tau, saya sapot member gak. hehe. maaf topaz. tapi im not originally topaz. maaf lah kalau saya tak berguna. saya mintak maaf siap2 vice house capt. huhu. macam water polo tu. sobs...

okay. saya rasa sampai situ saja coretan saya.
assalamualaikum,
XOXO,
erein.

Comments

Popular Posts