🏸 JURNAL HARIAN 18/2

assalamualaikum dan hai. hari ni hari sabtu. yep. hujung minggu datang lagi. saya ni boleh dikatakan hari kegemaran saya. sebab? sebab kalau hujung minggu boleh bangun lambat sikit. rasa heaven je bangun pukul 8 camtu. kalau hari lain kena bangun pukul 6 lebih.

hari ni ade perjumpaan sukan. saya sukan badminton. batch saya (perempuan) ada 6 orang je. orang-orangnya adalah saya sendiri (hehe), zhi, nyak, mz, oya dan baiti :) mula2 ingat dah lambat. tapi tak pun.

coach takde pun. yang ade cikgu fadzil je. perjumpaan permainan badminton berlangsung di cafe. sepatutnya perjumpaan dekat ds. tapi ade kelab pingpong dengan silat. pastu mereka cakap mereka nak cakap guna sekejap sahaja.

lepas perjumpaan dengan cikgu fadzil bersurai, ds tu dah kosong. jadi kami berenam pun bermain di situ. kami main daripada pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. lama betul kan? hehewww

oh haa... ingat lagi. waktu main badminton tu ade eksiden ah yang berlaku. satu waktu main dengan zhi. dia pukul bulu tangkis tu kan kena hidung saya. nasib baik tak kuat sangat. saya macambiasa-biasa je lah waktu tu.

eksiden yang kedua pulak waktu main dengan nyak. macam semua warga permata tahu, nyak ni boleh cakap orang hebat sukan ah. dia bowler penang kot. hang tok sah dok bawak main dengan dia. sekali dia libaih mau terangkat hampa. haaa...

ok back to the main point, waktu dia libaih bulu tangkis tu, peh kuat doh tak tipu. kena straight dekat bibir saya. rasa kebas tu kan, gigit-gigit bibir tak rasa pape. sheramm... pastu bukan setakat bibir je sakit, gigi pun sakit jugak. dia jadi extra sakit sebab ade braces. rasa sakit tu macam waktu baru tukar braces. gigi tu rasa macam tertarik gila-gila. rasa macam nak golek-golek je dekat atas lantai sebab sakit sangat. huhu.

ok tu je lah kot yang menarik buat hari ni.
sampai sini sahaja coretan saya buat hari ini,
XOXO,
erein.

Comments

Popular Posts