🍔JURNAL HARIAN 20/2

assalamualaikum dan hai. hari ini hari isnin. walaupun hari isnin, saya tidak mendapat monday blues langsung. sebab? sebab hari ni best. agak ahh best tu. okay. sebenarnya semalam saya tertidur. pastu bangun2 pukul 12.40 pagi. saya jadi gelabah tau. pastu saya gosok gigi dengan cuci muka. bila dah rasa segar sikit, saya terus pergi gosok baju. sebab? saya ada instinct yang saya akan bangun lewat pada keesokan harinya. selepas selesai gosok baju, saya pun tidur.

entah lah kenapa. instinct saya betul XD mula-mula saya dah bangun pukul 6.30 pagi. tapi saya tidur balik hehe. sampaipukul 7.08 pagi. saya tengok jam, terus saya pecut pergi tandas. dalam 7.40 tu dah siap ahh cek beg semua. alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, hari ni tak kena marah. yeayy ^^ taknak cerita banyak pasal kejadian tu, saya skip je lah terus. benda tu remeh sangat. benda kecik je nak besar-besarkan. semua orang ada masalah dalam hidup, kadang-kadang kita kena consider others jugak. walaupun perbuatan orang tu salah, mesti ada sebab di sebaliknya. jangan bangga sangat dengan diri sendiri macam kita ni dah bagus sangat :)

ok. bagi saya, hari ni yang paling best waktu petang tu ah. main water polo. mula-mula saya join water polo topaz. satu game je. lepas tu ayah saya datang. saya cakap dekat vice house capt. pastu ada sorang budak tu ganti saya. so takpe ah. saya jumpa ayah saya sekejap je. dalam 3 minit. ambik duit, ambik makanan lepas tu naik balik.pastu kan, sampai ke sudah budak tu gantikan saya. saya tahu saya tak terer main water polo tu. tapi ") kita fikirlah pasal perasaan orang jugak. saya tak faham. saya dah cuba jaga hati orang, tapi kenapa orang asyik sakitkan hati saya ") sedih ah hidup ni. itu salah ini salah. baik mati je. rasa macam tak guna gila hidup.

hmm. lepas tu saya pun buat lah kerja sendiri. berenang sana, berenang sini. jap. bila fikir balik rasa macam bosan. tapi rasa seronok tu bila dengan kawan-kawan. tapi kawan-kawan tu pun kadang-kadang menyakitkan hati jugak. tapi takpe lah. maybe saya ni je kut yang cepat sangat terasa. hidup ni kena lah kuat. takkan asyik nak nangis sebab benda kecik je. buang masa. tapi jujur saya cakap, saya sayang kawan-kawan saya especially k1 cacats <3 best classmates ever. kami macam sekepala gila. suka buat benda bodoh tapi saya rasa yang paling dumb dalam kelas tu saya ah. sape lagi berani ambik ugly selfie, carut, menjawab semua ah. tapi saya buat benda tu semua bersebab :) dont judge my action without knowing my reason.

pastu saya tak dinner. saya makan makanan yang ayah saya belikan untuk saya. abah belikan burger king. satu untuk saya dan satu untuk farah. maaf tapi dia kena bayor sebab erein tengah pokai HAHAHA. sorry sugar bunny. lauf yu. saya sayang abah saya 💕💞💓 mana nak cari ayah yang sanggup datang jumpa anak dia walaupun 3 minit je hanya untuk bagi duit dengan makanan. dah lah saya dekat bangi. kami berasal daripada penang tapi takpe jangan risau loghat pulau mutiara tak pekat likat melekat sangat pun. cuma kalau marah tu pekat dia agak ah. tadi abah kerja area kl. so dia singgah bangi jap huhu... sedih lah macam ni. erein rasa erein sangat jahat. TT. lepas ni erein akan cuba untuk ubah perangai buruk erein. erein kesian dekat ibu dengan abah. rasa bersalah tu tinggi. how i wish i could be a better daughter :(

okay. saya rasa sampai situ sahaja coretan saya untuk hari yang diberi tarikh 20/2/2017
sekian, assalamualaikum dan selamat malam ^^
XOXO,
erein.

Comments

Popular Posts