🙂JURNAL HUJUNG MINGGU 25-26/2

hai. hari ni hari sabtu bersamaan dengan 25/2/2017. hmm. hari ni tiada apa-apa yang menarik. tetapi ahli keluarga saya akan melawat saya pada malam ini. mereka akan membawa saya keluar dari tempat ini. yeay.

okay. bermula dari pagi, segala-galanya adalah normal sahaja. hujung minggu yang tipikal. bangun lewat. sedah semestinya ya rakan-rakan. subuh? subuh dinasour je mampu. okay. mandi bla3. bersiap-siap untuk makan tengah hari.

lepas makan tengah hari tu kita buat aktiviti seperti orang suri rumah (lol) basuh baju, ampai baju, ahh semua lah. hehe. saya sejujurnya malas nak buat semua tu. tapi sebab terpaksa saya pun buatlah.

maka, tibalah waktu malam. ibu, abah, along dan kakak pun tiba. dengan gembiranya saya keluar dari permata hehe. malam tu makan dekat kawah apa tah. dekat bangi gateway. Pada malam tu, makan memang terbaiklah. Kalau dekat permata, malam-malam selalunya makan roti. Tapi hari ni makan ohh haaa nama kedai tu western dulang. thorbaikkk.tapi malam tu saya makan sikit sahaja sebab saya rasa kenyang gila tak tahu kenapa.

pada malam itu, saya tidur di hotel Silka Maytower. hehe. Sebenarnya saya dah banyak kali tidur di hotel ni. hotel ini berdekatan dengan Jakel Mall. Ibu suka beli kain hehe. okay. pada awalnya, nak buat assignment malam tu. tapi saya dah mengantuk sangat. jadi saya pun tak jadi. saya terus tidur. ops. dah makan kenyang-kenyang terus nak tidur kan 🌚

okay.

keesokan harinya saya orang pertama yang bangun dan mandi. yeayyy... saya bangga tau. tapi air tu sejukkk.. brrrr.. kami bersarapan di food court yang berhadapan dengan jakel mall itu. selepas sarapan, kami terus bergerak ke jakel mall. ibu nak beli baju raya. tema rasa tahun ini adalah warna hijau. bukan hijau yang buruk ah. saya pasrah je. mula-mula orang kedai tu cadangkan baju corak pucci dekat aras 1. sejujurnya, aras 1 selalunya beli kain lelaki je. baju erein, ibu dan kakak selalunya beli dekat aras 2/3. hewhew.

Setelah tamat membeli kain, kami pun terus bergerak ke ioi city mall. kami makan absolute thai kerana itu merupakan kedai makanan kegemaran saya disitu. tomyamnya sungguh manthoppp. udang butter pun thorbaekk. sodap gilos. makan3, pergi beli milo (kanak-kanak perlukan tenaga untuk memulakan hari), kemudian beli makanan untuk ditapau. saya tapau kfc. kakak saya pula nak churros. kemudian, kami pun bergerak ke permata semula.

sesampainya di permata. saya angkat semua barang-barang yang dibeli. sebelum mereka berlalu pergi, kakak saya memberikan saya churros itu. churros itu sungguh sedap. saya sayang kakak saya kerana sanggup memberikan saya churros yang sangat sedap itu.

saya rasa sampai situ sahaja coretan hujung minggu (sabtu dan ahad kan) saya.
saya akhiri dengan assalamualaikum.
XOXO,
erein.


Comments

Popular Posts