🏃🏼JURNAL HARIAN 17/2[MERENTAS KAMPUS] [SE]
assalamualaikum dan hai kepada pembaca jurnal [se] :) nak tahu tak apa pula yang istimewa untuk hari ini? haaa... jeng jeng jeng jeng...
hari ni merupakan hari merentas kampus :)
merentas kampus adalah satu acara sukan tahunan yang wajib disertai oleh semua pelajar kolej permatapintar negara (yang berkemampuan).
trek untuk tahun ini adalah sama sahaja bagi semua lapisan masyarakat (f1-l2).
laluan yang telah ditetapkan oleh suko-suki berjaya adalah lebih kurang 5 km. waktu pertama kali dengar 5 km, saya macam wow. boleh ke aku habiskan larian ni?
andd yah saya berjaya :)
walaupun tak memenangi pingat, saya berasa bangga kerana saya tidak tercorot seperti tahun lepas. sebenarnya, pada tahun yang lepas, saya dapat tepat keduaaa (dari belakang)
serius rasa nak nangis sebab penat sangat.
tapi tahun ni alhamdulillah dapat tempat ke 26/44. boleh lah tu~
catatan masa dalam lebih kurang 55 minit.
ok lah kan 1 km 11 minit hehe ^^"
tahun lepas 2 km mcm tu je. tapi lembab nak mati. saya bangga ah dapat cipta rekod sendiri. hehe
jadi, saya taknak cakap banyak2 lagi. bosan ah cakap2 je.
mari kita biar gambar berbicara :)
haa yang ni pun consider as memanaskan badan. ikut kreativiti house masing2 lah nak panaskan badan macam mana. ada yang pusing2, lompat bintang, lompat bulan, ahh macam2 lagi lah |
t.o.p.a.z
berjuanglah
pahlawanku
satukan tekad dan semangatmu
kami rela
korban nyawa
demi topaz yang tercinta
kita topaz, kitalah juara
|
sampai itu sahaja catatan hari ni.
sekian,
XOXO,
erein.
Comments
Post a Comment